awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berkenan kurnia watikah pelantikan kepada 15 Ahli Majlis MAIM

Bernama
Bernama
23/04/2022
04:38 MYT
Agong berkenan kurnia watikah pelantikan kepada 15 Ahli Majlis MAIM
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan watikah pelantikan sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kepada Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali pada majlis hari ini. - Foto BERNAMA
MELAKA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 15 ahli Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di sebuah hotel di sini sempena lawatan hari terakhir selama dua hari ke negeri ini.
Turut hadir menyaksikan pengurniaan itu adalah Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam.
Mengetuai penerima ialah Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali selaku Pengerusi MAIM, diikuti Timbalan Pengerusi MAIM Datuk Md Rawi Mahmud.
Antara yang turut menerima watikah pelantikan ialah Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil dan Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah.
Pelantikan yang mula berkuat kuasa 20 April 2020 hingga Oktober 2022 itu mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri Melaka.
Pada majlis itu juga, Al-Sultan Abdullah turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada Masjid Al Azim, Masjid Al Sultan Abdullah dan Surau Batu, Ujong Pasir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#maim
#Mohd Ali Mohd Rustam
#Ketua Menteri
#Majlis Agama Islam Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan