KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Kompleks Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP) di sini hari ini.
Seri Paduka diiringi anakanda Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan kepimpinan negeri, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang (YP) Datuk Mahmud Mohd Nawawi serta Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) Datuk Suhaimi Mohd Yunus.
Kompleks MTTNP yang terletak di perkampungan Balok Baru di sini, mula beroperasi pada 2020 dan kini mempunyai 102 pelajar tingkatan satu hingga tiga.
Bangunan MTTNP yang dahulunya sebuah pusat peranginan telah diambil alih oleh PKPP pada 2015, sebelum dibangunkan secara kolaborasi pintar bersama YP.
Menurut YP dalam kenyataan hari ini, MTTNP yang mempunyai visi untuk melahirkan ulama yang menguasai ilmu Turath memfokuskan pengajian kitab kuning atau kitab klasik yang ditulis oleh ulama seperti Imam Syafi'e, Imam Nawawi dan Imam Al-Ghazali meliputi pengajian Kitab Feqah, Aqidah, Tasauf dan Bahasa Arab.
Kaedah pembelajaran di maahad tahfiz itu diberi nafas baharu menggunakan pendekatan moden namun masih mengekalkan ciri-ciri tradisional dalam sanad keilmuan, tarbiah dan adab dalam sistem pengajiannya.
Selain pengajian kitab Turath, pelajar juga disasarkan menghafaz 30 juzuk al-Quran serta cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) melalui subjek akademik seperti sains, matematik, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 21 2022
Yang di-Pertuan Agong (kanan) berkenan menerima cendera kenangan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang Datuk Mahmud Mohd Nawawi (kiri) selepas menyempurnakan gimik Perasmian Kompleks MTTNP hari ini.- Foto BERNAMA
Isu dibangkit Laporan Bank Dunia telah, sedang ditangani KPM - Fadhlina
Isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan Bank Dunia berkenaan sistem pendidikan negara sebenarnya telah ditangani Kementerian Pendidikan (KPM) secara progresif dan proaktif.
Tengku Zafrul gagal failkan afidavit kes pengampunan Najib
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz gagal untuk memfailkan afidavit berhubung Titah Adendum berhubung kes pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak.
'Terdapat ramalan tahun ini paling panas selepas 1998' - Nik Nazmi
Cuaca panas susulan fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini dijangka berterusan sehingga Julai depan, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Keputusan laporan interim nahas helikopter TLDM minggu depan
Laporan interim nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya pada 23 April lepas dijangka siap minggu depan.
Kerajaan Joe Biden digesa bertindak segera
57 anggota Dewan Perwakilan Amerika Syarikat Parti Demokrat menandatangani surat bagi menggesa kerajaan pimpinan Joe Biden menghentikan serangan Israel di Rafah.
Jakim buka talian khas terima aduan hina Islam
Jakim telah mewujudkan talian khas 24 jam sebagai platform untuk menyalurkan aduan berkaitan isu penghinaan terhadap agama Islam.
PM yakin kenaikan gaji lulus bergaya di Parlimen
Perdana Menteri turut membidas pihak terbabit sebagai 'haprak' dan tidak boleh diterima kerana mengkritik usaha kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam selepas 12 tahun ia tidak dilaksanakan.
PM arah agensi MCBA jalan tugas serta-merta
Perdana Menteri berkata, semua jabatan dan kementerian berkaitan perlu meletakkan pegawai masing-masing walaupun rang undang-undang (RUU) berkaitan dijangka dibentangkan di Parlimen pada Julai depan.
Papagomo mengaku tidak bersalah, hasut kebencian Agong
Blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Khamis.
Ia atas pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Ia atas pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Laporan interim nahas helikopter TLDM siap minggu depan
Laporan interim nahas dua helikopter Tentera Luat Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumur, Perak yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya pada 23 April lalu dijangka siap minggu depan.
Papagomo didakwa hasut, datangkan kebencian terhadap Agong
Wan Muhammad Azri didakwa menerbitkan penerbitan menghasut berkaitan isu pemilik KK Supermart menghadap Sultan Ibrahim di laman X miliknya.
Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan
Beliau berkata Wan Muhammad Azri ditahan di rumahnya di Setapak tengah hari tadi.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
Nahas helikopter Lumut: Agong zahir ucapan takziah, titah ATM jalankan siasatan terperinci
Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga 10 mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi tadi.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.
KKR beri jaminan projek kolam selam tempur siap Jun ini
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Kes Najib cabar kewujudan Titah Adendum, dijalankan secara dalam kamar
Muhammad Shafee memaklumkan kepada mahkamah, supaya prosiding kes Najib itu dijalankan secara dalam kamar memandangkan terdapat isu sensitif.
Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Vaisakhi, Tahun Baharu Tamil
Yang di-Pertuan Agong bertitah toleransi dan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain menjadi tunjang perpaduan negara selama ini.