awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berkenan rasmi Masjid Al-Sultan Abdullah di Labuan

Bernama
Bernama
31/03/2023
07:48 MYT
Agong berkenan rasmi Masjid Al-Sultan Abdullah di Labuan
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Sultan Abdullah di Kampung Sungai Bedaun hari ini. - Gambar/ Bernama
LABUAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Sultan Abdullah di Kampung Sungai Bedaun di sini hari ini.
Baginda tiba di masjid itu pada pukul 12.15 tengah hari dan disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Mohd Na'im Mokhtar.
Turut hadir Senator Datuk Seri Anifah Aman, Ahli Parlimen Labuan Datuk Suhaili Abd Rahman dan pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan.
Hampir 1,000 penduduk kampung berkumpul seawal pukul 11.30 pagi untuk menyaksikan detik bersejarah perasmian masjid itu.
Al-Sultan Abdullah kemudian menuju ke ruang solat utama untuk menunaikan solat sunat tahiyatul masjid sebelum menyertai jemaah lain menunaikan solat Jumaat.
Baginda sedang dalam rangka lawatan tiga hari ke Wilayah Persekutuan itu bermula hari ini hingga 2 April.
Projek pembinaan masjid bernilai RM8 juta itu di atas tanah seluas 2.56 hektar yang dibiayai sepenuhnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dimulakan pada 5 Mac 2019.
Dewan solat masjid itu boleh menampung hingga 1,500 jemaah untuk menunaikan solat pada satu-satu masa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Al-Sultan Abdullah
#Masjid Al-Sultan Abdullah
#Labuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan