KUALA LUMPUR:Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah boleh menggunakan peruntukan Perkara 55 Fasal (2) Perlembagaan Persekutuan bagi memprorog Parlimen.
Ini kerana, menurut peguambela dan peguamcara Datuk Salehuddin Saidin, apabila Parlimen tidak lagi berfungsi pada saat itu, Agong mempunyai kuasa mengambil alih pentadbiran negara.
Tindakan itu dilakukan dengan bantuan barisan Kabinet kecemasan yang ditubuhkan bagi mencapai kestabilan negara.
“Kita tahu, Parlimen akan bersidang pada 2 November ini, dan apa yang boleh dilakukan di-Pertuan Agong adalah, menggunakan peruntukan Perlembagaan Perkara 55 Fasal 2 yang menyatakan baginda boleh memprorog Parlimen.
“Apabila Parlimen sudah ditangguhkan, pengisytiharan darurat itu boleh diwartakan.
"Maka, ketika itu, Parlimen sedia ada tidak lagi berfungsi dan Agong boleh mengambil alih pentadbiran negara dengan bantuan satu barisan Kabinet emergency yang dibentuk untuk tujuan melaksanakan pentadbiran negara,” katanya ketika dihubungi menerusi program Agenda AWANI malam tadi.
Bagaimanapun, Salehuddin berkata, satu barisan Kabinet baharu tidak semestinya dibentuk, "malah, barisan Kabinet sedia ada juga boleh membantu urusan pentadbiran negara, dan ini terpulang kepada kebijaksanaan Agong."
BACA: Agong ada kuasa tangguh, bubar Parlimen - Peguam
Dalam pada itu, Salehuddin berpendapat pengisytiharan darurat ketika ini adalah wajar berlandaskan dua faktor.
Pertama, ketidakstabilan politik negara dan kedua, penularan COVID-19 yang kian meningkat ketika ini.
“Jadi, gabungan dua faktor ini mewajarkan pengisytiharan darurat untuk dilaksanakan. Faktor ini dikatakan menggugat keselamatan negara, menggugat kestabilan dan kesihatan rakyat sehingga menyebabkan kemelesetan ekonomi rakyat.
“Disebabkan faktor ini, bagi saya, situasi semakin meruncing dan pilihan yang ada ketika ini adalah sama ada melihat kesesuaian untuk mengisytiharkan darurat ini atau sebaliknya,” jelasnya.
Saksikan program penuh Agenda AWANI yang bersiaran pada Jumaat malam di bawah;
Nursyazwani Saiful Sham
Fri Oct 23 2020
Menurut peguam, Al-Sultan Abdullah boleh menggunakan peruntukan Perkara 55 Fasal (2) Perlembagaan Persekutuan untuk memprorog Parlimen. - Gambar fail
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Dr Zaliha nafi buat kenyataan media berhubung titah adendum pengampunan Najib
Katanya, kenyataan media yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan olehnya.
Tahanan rumah: Najib mohon masukkan bukti baharu
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Rayuan bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti baharu berhubung kewujudan titah adendum.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM - Sultan Ibrahim
Jika penderaan terus berlaku, Sultan Ibrahim enggan nama baginda dikaitkan dengan universiti itu lagi selain Panglima dan komandan mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan.
Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao di Istana Negara.
Agong doakan keselamatan mangsa banjir
Yang di-Pertuan Agong menitipkan doa agar semua mangsa banjir yang terjejas di tujuh negeri diberikan perlindungan, ketabahan serta kesabaran oleh Allah SWT.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.