awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, dua anakanda solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Afzan

Bernama
Bernama
13/11/2020
08:33 MYT
Agong, dua anakanda solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Afzan
Al-Sultan Abdullah berkenan mencemar duli meninjau gerai di perkarangan masjid berkenaan dan membeli beberapa juadah jualan penduduk tempatan. -Gambar/ Instagram @istana_negara
KUANTAN:Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Afzan di sini hari ini.
Seri Paduka yang berangkat tiba pada kira-kira 12.55 tengah hari ke masjid itu, diiringi dua anakanda baginda, Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah.
Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah disambut Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, Ketua Polis negeri Datuk Seri Abd Jalil Hassan dan Imam Besar masjid Mohd Hafidz Mohamad Suhaile.
Seri Paduka kemudiannya menyertai jemaah masjid mendengar khutbah bertajuk 'Rahsia Sujud Dalam Solat' oleh Timbalan Imam Besar Mohd Lokman Ahmad yang mengajak umat Islam melakukan sujud syukur ketika memperoleh kejayaan, di samping memperbanyakkan amalan yang boleh mendapat keredhaan Allah.
Solat Jumaat kemudiannya dipimpin oleh Mohd Hafidz yang turut membaca Qunut Nazilah bagi memohon pandemik wabak COVID-19 berakhir dan Pahang dielakkan daripada sebarang musibah atau bencana.
Usai solat, Al-Sultan Abdullah berkenan meluangkan masa beramah mesra bersama jemaah sebelum mencemar duli meninjau gerai di perkarangan masjid berkenaan dan membeli beberapa juadah jualan penduduk tempatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Al-Sultan Abdullah
#Solat Jumaat
#Masjid Tengku Ampuan Afzan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan