Yang DiPertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah meminta rakyat berwaspada dengan propaganda kumpulan militan agar tidak terpedaya menyalahgunakan konsep jihad atas nama Islam.
Seri Paduka bertitah mereka perlu sentiasa mengawasi anggota keluarga masing-masing serta bersama-sama menghayati ajaran Islam sebenar.
"Beta menyambut baik usaha berterusan untuk memperkukuh kawalan keselamatan dan ketenteraman awam khususnya menangani ancaman pengganas di Sabah dan membendung penularan fahaman ekstrem dalam kalangan rakyat seperti militan Islamic State (IS).
"Lanjutan daripada pembentangan Kertas Putih berhubung ancaman militan, kerajaan juga bercadang mewujudkan undang-undang berhubung antikeganasan," titah Seri Paduka ketika merasmikan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen Ke-13 di sini Isnin.
Seri Paduka turut menggesa semua anggota Parlimen menjadikan mesyuarat Parlimen ini sebagai waktu terbaik untuk membuka lembaran baharu dengan niat dan tekad yang positif setelah negara mengharungi pelbagai cabaran serta dugaan sepanjang 2014.
Sepanjang tahun lepas, negara diuji dengan beberapa peristiwa yang tidak diduga seperti tragedi melibatkan pesawat MH370 dan MH17 milik Malaysia Airlines serta bencana banjir besar luar biasa di beberapa negeri.
"Beta dan Raja Permaisuri Agong sama berduka dan berdoa supaya anggota keluarga mangsa tragedi pesawat tersebut mendapat ketenangan dan memperoleh penyelesaian terbaik," titah Seri Paduka.
Seri Paduka berdua juga berdoa supaya mangsa banjir tabah menghadapi ujian.
"Beta berharap segala ujian yang ditempuhi lebih menguatkan Malaysia sebagai satu negara bangsa yang berdaulat demi masa depan yang lebih sejahtera," titah Yang di-Pertuan Agong.
Tuanku Abdul Halim berharap proses bantuan dan pemulihan semula infrastruktur di kawasan terlibat banjir dapat dilaksana dengan segera termasuk pembinaan rumah kekal dan pembaikan rumah yang rosak teruk akibat musibah itu.
Seri Paduka turut menzahirkan rasa bangga dan mengucapkan penghargaan kepada semua yang telah menunjukkan semangat kesukarelawan yang tinggi dan menyumbang bantuan kepada mangsa banjir.
Titah Tuanku Abdul Halim, kerajaan persekutuan dan negeri serta semua pihak di peringkat akar umbi wajar sentiasa bersiap sedia dalam pengurusan bencana untuk bersama menghadapi apa jua musibah yang mendatang dengan lebih berkesan.
Dalam pada itu, Seri Paduka bertitah menasihatkan golongan yang gemar mengadu-domba dan menyebar fitnah dalam kalangan masyarakat termasuk di media sosial supaya menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.
Titah Seri Paduka, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap pihak berkenaan bagi memastikan keharmonian dan kerukunan hidup antara rakyat pelbagai agama, kaum dan budaya di negara ini terpelihara.
Tuanku Abdul Halim turut bertitah menegaskan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan hendaklah dipatuhi dan tidak dipersoal manakala agama lain bebas diamalkan.
Seri Paduka turut menekankan bahawa konsep kebebasan bersuara hendaklah diamalkan dengan bertanggungjawab tanpa menimbulkan sebarang ketegangan dalam kalangan rakyat.
Selain itu, Seri Paduka bertitah anggota Parlimen perlu sentiasa menunjukkan teladan terbaik kepada rakyat dalam memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
"Hayati titah Beta ini dan berbahaslah secara berhemah dan tertib di Dewan yang mulia ini," titah Yang di-Pertuan Agong.
Menyentuh aspek pembangunan negara, Seri Paduka menzahirkan rasa syukur kerana pelbagai usaha meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat terus menjadi agenda penting kerajaan dalam memastikan kemakmuran negara dapat dinikmati segenap lapisan rakyat dengan saksama.
Ini termasuk pelaksanaan banyak projek pembangunan, pendidikan, kesihatan, infrastruktur dan pengangkutan awam serta program khusus untuk memperkukuh institusi kekeluargaan.
Ia turut menjurus kepada usaha membantu warga emas dan golongan kurang upaya untuk mengoptimumkan potensi diri.
Bernama
Mon Mar 09 2015
Yang DiPertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah meminta rakyat berwaspada dengan propaganda kumpulan militan.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja hari ini memilih Agong ke-17
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja akan berlangsung hari ini bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis ke-216, hargai pengorbanan warga PDRM
Seri Paduka turut menyanjungi dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pesara PDRM atas pengorbanan yang dicurahkan.
Pasca PRU15: Seruan Agong, MRR usaha untuk masyarakat lebih bersatu - Lee Lam Thye
Rakyat perlu memberi respons yang sama dengan cara menzahirkan sokongan terhadap kerajaan perpaduan.
Pasca PRU15: Pejabat Anwar terus jadi tumpuan media
Teka-teki siapa bakal menjadi Perdana Menteri ke-10 terus menjadi tanda tanya.
Pasca PRU15: GPS serah kepada Agong lantik PM baharu
GPS menegaskan bahawa kepentingan negara adalah lebih diutamakan dan penubuhan kerajaan yang stabil mengambil kira kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi.
Pandangan Tommy Thomas langgar Perlembagaan Persekutuan
Negara mengalami Parlimen tergantung di atas keputusan sah dan mandat rakyat yang diberi di PRU15 pada 19 November lalu.
Tindakan 12 menteri PN hantar surat kepada Agong disifatkan tidak wajar
Tindakan 12 menteri itu secara tidak langsung melambangkan ketidakpercayaan mereka terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri.
Penyokong Najib serah memorandum mohon pengampunan Agong
Kira-kira 300 penyokong bekas Perdana Menteri itu diketuai oleh Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia berkumpul di hadapan Istana Negara untuk menyerahkan memorandum berkenaan.
Agong, Raja Permaisuri berkenan rasmi Nicol David Organisation
Seri Paduka berdua turut berkenan beramah mesra dengan kanak-kanak yang menyertai program utama NDO, 'Little Legends'.