awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
Rizalman bersyukur, jariah bina Surau Ar Rijal bersama penderma Yayasan RI terlaksana
Pekerja Bangladesh maut dihempap kren di Jalan Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong hargai pengorbanan warga PDRM, zahir ucapan Selamat Hari Polis Ke-217

Bernama
Bernama
25/03/2024
01:15 MYT
Agong hargai pengorbanan warga PDRM, zahir ucapan Selamat Hari Polis Ke-217
Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas khidmat dan jasa yang disumbangkan dalam menjaga keselamatan serta keamanan negara.
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas khidmat dan jasa yang disumbangkan dalam menjaga keselamatan serta keamanan negara.
Seri Paduka Baginda yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat PDRM turut menghargai sumbangan serta jasa para pesara polis yang telah mencurahkan sumbangan dalam menjaga kesejahteraan rakyat.
"Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan para syuhada.
"Selamat menyambut Hari Polis Ke-217 kepada seluruh warga PDRM dan para veteran," titah Seri Paduka Baginda menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Sambutan Hari Polis pada tahun ini masih mengekalkan tema 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.' - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Polis Ke-217
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Ibrahim
#Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan