KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berkongsi memori bersama pemerintah diraja Britain, Ratu Elizabeth II sewaktu baginda menuntut ilmu di England pada awal 1970 dan 1980-an.
Titah baginda, mendiang Ratu Elizabeth II disifatkan sebagai seorang Ratu dan umpama seorang 'ibu' yang menyenangkan dan akan sentiasa diingati rakyat di United Kingdom (UK).
"Berkongsi memori saya bersama Ratu Elizabeth di England pada awal tahun 1970, 1980-an ketika saya masih belajar di sana.
"Kami berbual begitu baik, juga bersama Raja Charles III, beliau pernah bermain sukan Polo bersama pasukan saya, Royal Pahang pada tahun 1976 di Guards Polo Club (UK)," jelas baginda.
Baginda bertitah ketika ditemui media semasa majlis pelancaran buku ‘Weathering The Economic Storm: A Journey through the Uncharted Waters of Covid-19’ tulisan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di ibu negara pada Jumaat.
Titah baginda lagi, kali terakhir bertemu dengan mendiang Ratu Elizabeth II adalah pada tahun 2019, ketika menerima jemputan satu majlis makan tengah hari.
"Seperti saya maklumkan, kali terakhir saya bertemu Ratu Elizabeth pada tahun 2019, beliau menjadi tuan rumah makan tengah hari dan menjemput kami, kami meluangkan masa berbual sambil makan, saya masih ingat apa yang diceritakannya ketika datang ke Malaysia.
"Beliau amat seronok datang ke Malaysia. Beliau seorang wanita dan Ratu yang sangat menyenangkan, sudah tentu kita akan merinduinya.
"Sudah tentu rakyat tidak akan melupakannya, beliau seorang Ratu dan 'ibu' yang sangat hebat buat England dan UK," titah baginda lagi.
IKUTI SEMUA PERKEMBANGAN BERKAITAN KEMANGKATAN RATU ELIZABETH II, KLIK DI SINI!
Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa simpati kepada Raja Charles III, keluarga diraja Britain dan rakyat UK atas pemergian mendiang Ratu Elizabeth III itu.
"Sangat sedih dan amat mengejutkan buat kita semua, kami juga menzahirkan simpati buat Raja Charles III, keluarga diraja Britain dan seluruh rakyat UK.
"Kita harap di bawah pemerintahan Raja Charles III ini memberi harapan dan sinar baharu buat England dan UK di masa hadapan.
"Banyak ketidaktentuan berlaku, antaranya dari sudut ekonomi, begitu juga peperangan di Ukraine. Saya fikir banyak perkara yang beliau (Raja Charles) perlu uruskan, begitu juga Perdana Menteri baharu, Liz Truss," titah baginda lagi.
Terdahulu, dilaporkan Ratu Elizabeth II, pemerintah beraja Britain paling lama menduduki takhta, mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral di Scotland pada Khamis.
Fareez Azman
Fri Sep 09 2022
Titah baginda, mendiang Ratu Elizabeth II disifatkan sebagai seorang Ratu dan seorang 'ibu' yang menyenangkan dan akan sentiasa diingati rakyat di United Kingdom (UK). - Foto Istana Negara
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Dr Zaliha nafi buat kenyataan media berhubung titah adendum pengampunan Najib
Katanya, kenyataan media yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan olehnya.
Tahanan rumah: Najib mohon masukkan bukti baharu
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Rayuan bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti baharu berhubung kewujudan titah adendum.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM - Sultan Ibrahim
Jika penderaan terus berlaku, Sultan Ibrahim enggan nama baginda dikaitkan dengan universiti itu lagi selain Panglima dan komandan mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan.
Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao di Istana Negara.
Agong doakan keselamatan mangsa banjir
Yang di-Pertuan Agong menitipkan doa agar semua mangsa banjir yang terjejas di tujuh negeri diberikan perlindungan, ketabahan serta kesabaran oleh Allah SWT.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.