KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk' kepada jaguh dan legenda skuasy negara Datuk Nicol Ann David.
Nicol, 38, adalah antara 12 penerima PJN pada sesi kedua istiadat Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong berlangsung di Istana Negara di sini hari ini.
Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Mendahului senarai penerima bagi istiadat Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Lokman Hakim Ali yang turut dikurniakan PJN.
Antara lain turut membawa gelaran 'Datuk', Setiausaha Negeri Kelantan Datuk Nazran Muhammad, Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed dan Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia Datuk Zamri Yahya.
Sesi kedua istiadat itu melibatkan 201 penerima iaitu 12 penerima PJN, enam penerima Johan Mangku Negara (JMN), Johan Setia Mahkota (JSM) (tujuh), Johan Setia Diraja (JSD) (dua), Kesatria Mangku Negara (KMM) (18), Kesatria Setia Diraja (KSD) (lima), Ahli Mangku Negara (AMN) (36), Pingat Pangkuan Negara (PPN) (85) dan Bentara Setia Diraja (BSJ) (30).
Isitiadat itu berlangsung dalam keadaan norma baharu susulan wabak COVID-19 dengan tetamu yang hadir perlu memakai pelitup muka, disaring suhu badan dan mengimbas kod QR MySejahtera di balai keselamatan Istana Negara.
Para petugas di Istana Negara turut memakai pelitup muka dan kerusi di Balairong Seri disusun berdasarkan penjarakan fizikal seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 16 2021
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) berkenan mengurniakan Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk' kepada jaguh dan legenda skuasy negara Datuk Nicol Ann David. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Penyanyi dikir barat, lima yang lain didakwa kes dadah01
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Sonos letak jawatan
Pencarian CEO baharu telah dimulakan untuk meneruskan legasi inovasi dan kecemerlangan Sonos sambil memacu pertumbuhan yang menguntungkan.
Tuanku Muhriz mahu tindakan tegas terhadap pihak menyimpang daripada Islam
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mahu supaya tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.
Fenomena 'Kahar: Kapla High Council' diteruskan di Astro First, masuk pasaran antarabangsa
Fenomena Kahar: Kapla High Council Diteruskan Di Astro First, Masuk Pasaran Antarabangsa
Mahkamah tolak permohonan CEO GISB, isteri cabar penahanan
Mahkamah Tinggi menolak permohonan habeas corpus difailkan CEO GISB dan isteri yang ditahan mengikut SOSMA.
53 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Serangan itu menyasarkan orang ramai yang berkumpul di banyak tempat di utara Gaza serta sebuah sekolah tempat pelarian berlindung.
Lawatan kerja: Anwar bertemu PM UAE bincang pengembangan usahasama strategik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Perdana Menteri dan Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum pada Isnin di Dubai.
Dua beregu campuran negara pamer peningkatan ranking, Pearly Tan-M Thinaah turun satu tangga
Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memperbaharui ranking BWF mereka dengan menghuni tangga ketiga dan keempat dunia.
AWANI Ringkas: SARA guna MyKad diperluas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi
Kemalangan: 23 cedera bas langgar belakang lori kontena
Sebanyak 23 penumpang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori kontena di Kilometer 157.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Nibong Tebal awal pagi tadi.
YDP Agong santuni mangsa banjir di Kota Tinggi
Seri Paduka Baginda berkenan melawat PPS di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kota Tinggi.
Tahanan rumah timbulkan isu hak kesamarataan banduan - Peguam
Membenarkan Najib Razak menjalani tahanan rumah akan menimbulkan pertikaian mengenai hak layanan undang-undang sama-rata.
Adakah Titah Adendum mengikat kerajaan jika tidak dibawa ke mesyuarat Lembaga Pengampunan? Ini pandangan peguam...
Titah Adendum tidak wajar mengikat kerajaan untuk dilaksanakan sekiranya ia tidak dibawa dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan untuk dipertimbangkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Bicara 1MDB: "Saya bukan 'bapa' TIA, itu cetusan idea Sultan Mizan" - Najib
Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bekas pegawai khasnya, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin kononnya penubuhan syarikat Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dikatakan idea dan 'baby' beliau.
Agong terima menghadap PM Singapura di Istana Negara
Turut hadir pada pertemuan yang berlangsung di Dewan Seri Mahkota kira-kira satu jam itu, Mohamad Hasan dan Zambry Kadir.
Titah Adendum: Mahkamah akan tentukan kesahihan - Pakar Perlembagaan
Shamrahayu berkata apabila Titah Adendum tersebut ditentukan kesahihannya, pelaksanaan yang terdapat dalam titah tambahaan tersebut perlu dibuat.
Titah Adendum: Jabatan Penjara tidak terima perintah benar Najib jalani tahanan di rumah - Saifuddin
Beliau berkata pada 2 Feb tahun lepas, Jabatan Penjara hanya menerima minit mesyuarat dan perintah untuk melaksanakan keputusan mesyuarat lembaga tersebut yang diputuskan pada 29 Jan 2024.
Mustahil Anwar tidak tahu kewujudan Titah Adendum - Hamzah
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin memberitahu, sebagai seorang Perdana Menteri, Anwar terikat dengan ikrar sumpah taat setia kepada Agong serta Perlembagaan Persekutuan.
Titah Adendum: Shafee baca surat daripada Sultan Pahang sahkan perintah tambahan wujud
Surat tersebut ditandatangani Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Abdul Rahman yang mewakili Al-Sultan Abdullah.
Nafi Titah Adendum penderhakaan besar kepada Raja dan Negara - Ketua Pembangkang
Isu Titah Adendum menjadi kepentingan awam dan rakyat mempersoalkan mengapakah ia tidak dilaksanakan, jika telah dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, sejak setahun lalu.