KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan harapan agar perhatian dan peruntukan dibahagikan secara saksama kepada semua bandar di 13 negeri seluruh Malaysia.
Seri Paduka Baginda bertitah sekiranya semua negeri dapat dibangunkan bersama, penghijrahan penduduk ke pusat bandar raya dapat dikurangkan dan kesesakan akan lebih terkawal.
"Pembangunan ekonomi di Kuala Lumpur dan Putrajaya telah membuka banyak peluang pekerjaan dan menyebabkan penghijrahan penduduk dari negeri-negeri lain ke kawasan Wilayah Persekutuan.
"Oleh sebab itu kerajaan terpaksa membangunkan infrastruktur awam yang lebih cekap untuk mengatasi kesesakan jalan raya dan memenuhi keperluan penduduk bandar raya ini yang semakin padat.
"Persoalannya adakah kerana wilayah ini ditadbir secara terus oleh kerajaan Persekutuan, banyak peruntukan pembangunan ditumpukan kepada tiga wilayah ini sahaja?" titah Seri Paduka Baginda.
Seri Paduka Baginda bertitah demikian pada Titah Diraja sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2024 di Istana Negara di sini, hari ini.
Turut berangkat pada istiadat itu adalah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Sultan Ibrahim turut menyeru Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar sentiasa memantau kebersihan selain turut mengingatkan seluruh rakyat Malaysia supaya tidak sesuka hati membuang sampah merata-rata.
"Semua orang tahu yang saya suka memandu sendiri kereta saya, jadi saya dapat melihat dengan jelas keadaan jalan raya dan kawasan sekitarnya. Apa yang saya nampak masih ada beberapa tempat di Kuala Lumpur ini yang kebersihannya kurang memuaskan.
"Kerajaan saya bukan kerajaan pungut sampah. Kepada penguat kuasa, jalankanlah tanggungjawab dengan jujur, ikhlas dan amanah," titah Seri Paduka Baginda.
Pada istiadat berkenaan, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan kepada 33 individu, termasuk Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Kamarulzaman Mat Salleh yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Istiadat itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Bersempena bulan Ramadan, Seri Paduka Baginda turut berpesan kepada seluruh umat Islam di negara ini supaya tidak membazir apabila berbelanja untuk juadah berbuka puasa dan ketika membuat persiapan untuk Hari Raya Aidilfitri kelak.
"Bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam
"Janganlah membazir kerana pembaziran itu adalah sifat keji yang akan mencacatkan keberkatan dalam bulan Ramadan," titah Seri Paduka Baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 19 2024
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan bertitah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan bagi tahun 2024 di Istana Negara hari ini. - Foto Bernama
Termakan dakyah pempengaruh antara punca pelajar tidak hadir duduki SPM
Terpengaruh dengan dakyah pempengaruh media sosial bahawa boleh berjaya tanpa SPM dilihat antara faktor menyumbang kepada statistik tidak hadir menduduki peperiksaan itu.
Pantau Agenda Reformasi: BUDI MADANI: Makanisme subsidi diesel untuk petani dan pekebun kecil
Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI melibatkan pemilik kenderaan diesel persendirian individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi.
Fokus kepada pekebun-pekebun kecil adakah kumpulan benar-benar mendapat manfaat? dan saranan pihak persatuan untuk tambah baik sistem ini.
Fokus kepada pekebun-pekebun kecil adakah kumpulan benar-benar mendapat manfaat? dan saranan pihak persatuan untuk tambah baik sistem ini.
Lebih 2,000 kes permohonan kewarganegaraan selesai
Kementerian Dalam Negeri menyelesaikan sebanyak 2,373 kes permohonan taraf kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan sehingga 24 Mei 2024.
Niaga AWANI: Malaysia teraju penggunaan dompet mudah alih
Malaysia menerajui dunia dalam penggunaan dompet mudah alih, dengan 63% rakyat Malaysia menggunakan kemudahan tersebut untuk membeli belah, kata platform teknologi kewangan global, Adyen.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Untung bersih RHB menyusut, namun kewangan tetap kukuh
Keuntungan bersih RHB Bank Bhd untuk tiga bulan berakhir 31 Mac 2024 turun 4.1 peratus kepada RM730.2 juta berbanding RM761.66 juta pada suku pertama tahun kewangan 2023.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Untung Farm Fresh meningkat lima kali ganda bagi suku keempat 2024
Untung bersih Farm Fresh Bhd bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2024 melonjak hampir lima kali ganda kepada RM23.9 juta.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Pusaka Timber Industries jalin MoU dengan syarikat China, teroka potensi industri buluh
Satu Memorandum Persefahaman (MOU) telah ditandatangani di antara Pusaka Timber Industries Sdn Bhd, G-COVE Technologies Co Ltd, dan Sichuan Vanov New Materials Co Ltd, di Chengdu, China.
Penandatanganan MOU tersebut merintis jalan bagi ketiga-tiga pihak untuk melakukan penilaian komersial terperinci terhadap pembangunan ladang buluh, pengeluaran pulp, dan produk berdasarkan serat di Sarawak.
#NiagaAWANI
Penandatanganan MOU tersebut merintis jalan bagi ketiga-tiga pihak untuk melakukan penilaian komersial terperinci terhadap pembangunan ladang buluh, pengeluaran pulp, dan produk berdasarkan serat di Sarawak.
#NiagaAWANI
Genap 51 tahun dijemput Ilahi, ini karya agung Tan Sri P Ramlee yang ‘mendunia’
Tanggal 29 Mei akan selalu dikenang sebagai tarikh berpulangnya figura seni Allahyarham P Ramlee yang sudah mengharumkan nama Malaysia di dunia.
Niaga AWANI: Hasil perkhidmatan CelcomDigi susut 2.4 peratus
Hasil perkhidmatan Syarikat Telco, CelcomDigi Bhd bagi suku pertama 2024 susut 2.4 peratus dari suku tahun ke suku tahun. Ia disebabkan berlaku penurunan berturutan dalam semua segmen perniagaan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Untung bersih Petronas Chemicals meningkat kepada RM688 juta
Petronas Chemicals Group Berhad mencatatkan untung bersih sebanyak RM668 juta bagi suku pertama tahun kewangan 2024 meningkat berbanding RM532 juta tahun sebelumnya.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mohd Ali dilantik semula sebagai YDP Melaka bagi penggal kedua
Istiadat pengurniaan itu berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara yang turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Che’gu Bard fail rayuan perintah larangan bersuara
Chegu Bard, memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan, Putrajaya pada Khamis lalu, berhubung perintah larangan bersuara yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi di sini dan Johor Bahru.
Agong berkenan santuni 'Duyufurrahman' negara
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengucapkan selamat jalan kepada bakal jemaah haji Malaysia, yang akan berlepas ke Tanah Suci hari ini.
Agong berkenan rasmi Hari Landskap Negara 2024
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam di sini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.
Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa serangan Balai Polis Ulu Tiram
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor.
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Kes fitnah jenayah: Mahkamah keluar perintah larangan bersuara terhadap Che'gu Bard
Mahkmah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan perintah larangan bersuara terhadap Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard, yang melarang beliau daripada mengelu
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Ibu
Seri Paduka Baginda menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut menitipkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada Raja Permaisuri Agong.