KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Panglima Tentera Udara Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan Panglima Tentera Laut Tan Sri Abdul Rahman Ayob.

Menurut hantaran melalui laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Mohd Asghar Khan dan Abdul Rahman mempersembahkan taklimat dan laporan kepada Seri Paduka Baginda berhubung Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).


Dalam pertemuan berlangsung di Istana Negara itu, Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.

-- BERNAMA