Skip to main content

Malaysia

Agong perkenan lapan akta dilulus pada sidang Parlimen lepas - Speaker

61759976162_parlimenmalaysia.jpg
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan lapan akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 pada 19 Jan hingga 3 Mac lepas. - Gambar fail
Advertisement

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan lapan akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 pada 19 Jan hingga 3 Mac lepas.

Perkara itu dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, sebelum sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan bermula pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Akta diperkenankan adalah Akta Perolehan Kerajaan 2025, Akta Imigresen (Pindaan) 2025, Akta Pasport (Pindaan) 2025 dan Rang Undang-Undang (RUU) Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Yang Terhasil Daripada Pengantaraan 2025.

Seri Paduka Baginda turut memperkenankan Akta Rapid Transit System (RTS) Link Johor Bahru-Singapura 2026, Akta Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026, Akta Kualiti Alam Sekiling (Pindaan) 2026 dan Akta Perbekalan Tambahan (2025) 2026. 

Sementara itu, Johari dalam pemasyhurannya memaklumkan Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 telah dipersetujui oleh Dewan Negara, namun dengan pindaan kepada Fasal 11.

Must Watch Video

Advertisement