awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong perkenan tujuh akta diluluskan pada sidang Parlimen lepas

Bernama
Bernama
04/02/2025
04:10 MYT
Agong perkenan tujuh akta diluluskan pada sidang Parlimen lepas
Johari turut mengingatkan ahli-ahli Dewan untuk menunjukkan teladan yang terbaik serta mempamerkan kematangan berpolitik sepanjang persidangan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan tujuh akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dalam pemasyhurannya memaklumkan perkara itu sebelum memulakan Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata akta-akta berkenaan ialah Akta Perbekalan 2025 (Belanjawan 2025), Akta Kewangan 2024, Akta Langkah-Langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2024 dan Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No.2) 2024.
"Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024, Akta Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 dan Akta Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024," katanya.
Sementara itu, Johari turut mengingatkan ahli-ahli Dewan untuk menunjukkan teladan yang terbaik serta mempamerkan kematangan berpolitik sepanjang persidangan.
Topic Berkaitan
#Johari Abdul
#Speaker Dewan Rakyat
#Yang di-Pertuan Agong
#akta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan