KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam hari ini.
Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua dan delegasi selamat mendarat di Bandar Seri Begawan pada 3.40 petang.
"Keberangkatan Seri Paduka berdua ke Brunei adalah atas persilaan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.
"Seri Paduka berdua dijadualkan berangkat menghadiri Istiadat Persandingan Diraja Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Pengiran Anak Isteri Pengiran Anisha Rosnah Adam di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan esok," menurut kenyataan itu malam ini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut oleh Menteri Kesihatan Brunei Datuk Seri Dr Awang Mohammad Isham Jaafar, Pesuruhjaya Polis Brunei Datuk Paduka Seri Awang Mohd Irwan Hambali, Perintah Angkatan Tentera Bersenjata Diraja Brunei Mejar Jeneral Datuk Paduka Seri Awang Muhammad Haszaimi Bol Hassan dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut dijadualkan berangkat menghadiri Istiadat Persantapan Diraja sempena meraikan kedua-dua pengantin diraja di Istana Nurul Iman pada Isnin sebelum berangkat pulang ke tanah air sehari selepas itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 13 2024
Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua dan delegasi selamat mendarat di Bandar Seri Begawan pada 3.40 petang. - Gambar FB Istana Negara
Kemenangan di PRK KKB akan jadi manifestasi perpaduan - Ahmad Maslan
Kemenangan calon PH pada PRK DUN KKB, 11 Mei ini akan menjadi manifestasi perpaduan BN dan PH dalam menghadapi PRK lain, sekiranya diadakan pada masa depan.
Piala Thomas: Malaysia jinakkan Jepun untuk mara ke separuh akhir
Malaysia mara ke separuh akhir Piala Thomas 2024 selepas menundukkan Jepun 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Hi-Tech, Chengdu, China.
Pembinaan Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak bermula Julai ini
Pembinaan bangunan baharu Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak di sini akan bermula pada Julai depan dan dijangka siap pada 2028, menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Saifuddin Nasution akui perlu baiki isu di pintu masuk negara, bakal umum perubahan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakui terdapat ruang yang boleh ditambah baik berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara.
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara bermula esok, 196 perkhidmatan disediakan
Platform untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat memahami dan menilai dasar serta inisiatif baharu dilaksanakan kerajaan.
AWANI 7:45 [02/05/2024] - Jaminan lulus dengan bergaya | Reformasi sistem pendidikan | RM10.5 bilion tempoh empat tahun | Fail afidavit betulkan fakta
#AWANI745 malam ini bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Humban siapa yang bantah kenaikan gaji penjawat awam
2. Sebelum Bank Dunia lapor, kementerian sudah ambil tindakan, kata Fadhlina
3. Microsoft labur RM10.5 bilion, peluang generasi muda teroka keselamatan siber
4. Mahkamah Tinggi tolak permohonan Tengku Zafrul
1. Humban siapa yang bantah kenaikan gaji penjawat awam
2. Sebelum Bank Dunia lapor, kementerian sudah ambil tindakan, kata Fadhlina
3. Microsoft labur RM10.5 bilion, peluang generasi muda teroka keselamatan siber
4. Mahkamah Tinggi tolak permohonan Tengku Zafrul
Kerajaan Negeri, Persekutuan perlu lebih fokus noktahkan miskin tegar di Kelantan - Anwar
Kerajaan Negeri Kelantan dan kementerian berkaitan perlu lebih fokus dalam usaha menoktahkan miskin tegar di negeri itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringgit melantun semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7535/7555 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7700/7750 pada Selasa.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur, jejaki pasaran serantau
Pada 5 petang, harga penutup LGM bagi GMM 20 berada pada 755.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 716 sen sekilogram.
Perkhidmatan jet di Subang mula beroperasi pada suku ketiga 2024 - Menteri Pengangkutan
Perkhidmatan jet di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang akan mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Agong, Permaisuri berangkat tiba untuk istiadat Persandingan Diraja Anakanda Sultan Brunei
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di Bandar Seri Begawan.
Hamparan merah sambut Agong di Brunei
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei untuk Lawatan Negara ke negara itu bermula hari ini sehingga 20 Ogos.
Hari pertama 'Istana Terbuka' Brunei tarik kunjungan hampir 35,000 orang
Brunei telah mengekalkan tradisi membuka istana dirajanya kepada orang awam sejak bertahun-tahun sempena perayaan Aidilfitri.