awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Permaisuri berangkat tiba untuk istiadat Persandingan Diraja Anakanda Sultan Brunei

Bernama
Bernama
13/01/2024
13:57 MYT
Agong, Permaisuri berangkat tiba untuk istiadat Persandingan Diraja Anakanda Sultan Brunei
Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua dan delegasi selamat mendarat di Bandar Seri Begawan pada 3.40 petang. - Gambar FB Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam hari ini.
Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua dan delegasi selamat mendarat di Bandar Seri Begawan pada 3.40 petang.
"Keberangkatan Seri Paduka berdua ke Brunei adalah atas persilaan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.
"Seri Paduka berdua dijadualkan berangkat menghadiri Istiadat Persandingan Diraja Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Pengiran Anak Isteri Pengiran Anisha Rosnah Adam di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan esok," menurut kenyataan itu malam ini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut oleh Menteri Kesihatan Brunei Datuk Seri Dr Awang Mohammad Isham Jaafar, Pesuruhjaya Polis Brunei Datuk Paduka Seri Awang Mohd Irwan Hambali, Perintah Angkatan Tentera Bersenjata Diraja Brunei Mejar Jeneral Datuk Paduka Seri Awang Muhammad Haszaimi Bol Hassan dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut dijadualkan berangkat menghadiri Istiadat Persantapan Diraja sempena meraikan kedua-dua pengantin diraja di Istana Nurul Iman pada Isnin sebelum berangkat pulang ke tanah air sehari selepas itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Istana Nurul Iman
#berangkat pulang
#berangkat tiba
#selamat mendarat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan