awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Permaisuri berkenan berbuka puasa bersama rakyat di Padang MBK 1

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
20/04/2022
15:36 MYT
Agong, Permaisuri berkenan berbuka puasa bersama rakyat di Padang MBK 1
Aktiviti berbuka puasa di padang berkenaan menjadi tradisi baginda setiap Ramadan kecuali pada 2020 dan 2021 kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Gambar/ Facebook Istana Negara
KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1 pada Rabu.
Baginda yang diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda-anakanda berangkat tiba di bazar Ramadan Mahkota Square pada jam 6.30 petang.
Ketibaan baginda disambut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf, dan Datuk Bandar MBK, Datuk Hamdan Hussin.
Seterusnya baginda berdua berkenaan membeli juadah selain beramah mesra bersama peniaga di bazar Ramadan terbabit.
Antara juadah yang berkenan dibeli baginda ialah pulut panggang, sotong dan ayam goreng.
Sebelum berbuka, Al-Sultan Abdullah dan Permaisuri Agong mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai yang datang berbuka puasa di padang awam itu.
Aktiviti berbuka puasa di padang berkenaan menjadi tradisi baginda setiap Ramadan kecuali pada 2020 dan 2021 kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Raja Permaisuri Agong
#berbuka puasa
#Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan