Mengutamakan urusan untuk berangkat segera memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ismail Petra yang mangkat semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menaiki pesawat angkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) A400M ke Kelantan.
Al-Sultan Abdullah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke Kota Bharu bagi memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ismail Petra, ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Almarhum Sultan Ismail Petra, 69, mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pukul 8.11 pagi semalam.
Menurut akaun Instagram Istana Negara, Seri Paduka berdua berkenan berangkat menggunakan pesawat angkut TUDM kerana pesawat kerajaan digunakan untuk tujuan rasmi yang lain.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah diiringi anakanda Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah; Tengku Puteri Diraja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Diraja, Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah serta pegawai-pegawai dan kakitangan Istana Negara.
Perkongsian di laman sosial itu turut memperlihatkan Al-Sultan Abdullah berkenan bergambar bersama kru penerbangan dan sebuah klip video yang merakam detik keberangkatan Seri Paduka dan rombongan.
Ia mendapat perhatian netizen dengan 8,567 'like' setakat pukul 2.50 petang ini serta komen-komen positif yang memuji tindakan Seri Paduka berdua yang sanggup menaiki pesawat angkut, sekali gus menyerlahkan keperibadian tinggi pasangan diraja itu. - BERNAMA
Bernama
Sun Sep 29 2019
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menaiki pesawat angkut TUDMke Kelantan semalam untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ismail. - Gambar Instagram ISTANA NEGARA
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
'Titah adendum itu benar, abang saya takkan fitnah Sultan sendiri' - Nooryana
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan bahawa salinan titah adendum tersebut digunakan di mahkamah.
Vape perlu diharamkan secara total, titah Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah menzahirkan kebimbangan terhadap penyalahgunaan dadah di negeri ini dan berharap semua pihak khususnya ibu bapa mengawasi anak mereka.
Sultan Pahang titah isu peniaga Cameron Highlands diselesaikan dengan baik
Sultan Pahang menasihatkan agar tiada pihak ketiga mengeruhkan keadaan untuk memastikan penyelesaian yang baik.
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Kakanda Sultan Pahang dahului senarai 27 penerima darjah kebesaran Pahang
Kakanda Sultan Pahang Tengku mendahului senarai 27 penerima darjah kebesaran sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang.
Kekalkan keindahan, kecantikan Bukit Fraser - Sultan Pahang
Baginda bertitah aspek kebersihan juga perlu diberi tumpuan, bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung selain seni bina bangunan sedia ada perlu dijaga dan dipelihara sentiasa.
Muhyiddin akan didakwa mengikut Akta Hasutan di mahkamah esok
Ucapan Muhyiddin tempoh hari seolah-olah mempersoalkan keputusan Yang di-Pertuan Agong ke-16 melantik Anwar sebagai Perdana Menteri selepas PRU15.
Sultan Pahang sebak puterinya bakal melangsungkan perkahwinan
Al-Sultan Abdullah menahan sebak ketika bertitah mengenai perkahwinan puterinya Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.
Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah bawa lembaran baharu Pulau Keladi
Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah akan menjadi destinasi tumpuan peminat kraf serta mengangkat dan memelihara warisan tenun negeri Pahang.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan cemar duli ke Pesta Kuantan 188
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mencemar duli ke Pesta Kuantan 188 yang berlangsung di Kuantan 18, malam tadi.