awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga penumpang, anak kapal MH17

Bernama
Bernama
20/07/2014
05:38 MYT
Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga penumpang, anak kapal MH17
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH17.
Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa amat dukacita yang tidak terhingga atas insiden yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu yang terhempas di Ukraine Khamis lalu.
"Sesungguhnya negara Malaysia pada ketika ini sedang bersedih dengan tragedi ini," titah baginda dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Baginda berdua menyeru rakyat Malaysia agar berdoa supaya anggota keluarga mangsa diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi situasi yang amat sukar ini.
Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia atas segala usaha yang dilakukan melalui kerjasama dengan pelbagai pihak bagi merungkai punca kejadian itu.
Pesawat Boeing 777 itu yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Donetsk, wilayah timur Ukraine, pada Khamis lepas.
Topic Berkaitan
#Amsterdam
#Kuala Lumpur
#Malaysia Airlines
#MH17
#Rusia
#Ukraine
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan