awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga bekas Timbalan Presiden MIC, S. Subramaniam

Bernama
Bernama
06/07/2022
02:20 MYT
Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga bekas Timbalan Presiden MIC, S. Subramaniam
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Timbalan Presiden MIC Tan Sri S. Subramaniam yang yang meninggal dunia semalam. -Instagram Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Timbalan Presiden MIC Tan Sri S. Subramaniam yang meninggal dunia semalam.
Menerusi catatan di laman sosial Istana Negara hari ini, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Subramaniam dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mendiang sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.
"Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan mendiang kepada masyarakat dan negara dan juga menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada MIC dan negara," demikian menurut catatan itu.
View this post on Instagram
A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara)
Subramaniam, 78, yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Damansara dan Segamat antara tahun 1974 hingga 2004, meninggal dunia malam semalam di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor.
Mendiang juga pernah memegang jawatan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pertanian serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Dalam arena politik, Subramaniam mula menjadi ahli MIC pada tahun 1962 dan pernah menyandang jawatan sebagai setiausaha agung, naib presiden dan timbalan presiden.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#S Subramaniam
#Bekas Timbalan Presiden MIC
#Raja Permaisuri Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan