Skip to main content

Malaysia

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali

71730326614_TBSultanIbrahim.jpg
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.

Ucapan baginda berdua dikongsi dalam hantaran menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

"Semoga Deepavali membawa kegembiraan, kemakmuran dan kebahagiaan dalam hidup anda. Selamat menyambut Deepavali buat anda dan orang tersayang," menurut hantaran itu.

Deepavali atau pesta cahaya disambut penganut Hindu hari ini. - BERNAMA





Advertisement

Must Watch Video