awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kemangkatan Ratu Elizabeth II

Astro Awani
Astro Awani
09/09/2022
07:28 MYT
Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kemangkatan Ratu Elizabeth II
Istana Negara turut berkongsi foto kenangan Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Hajah Azizah bersama Ratu Elizabeth II, tidak lama dahulu. - Foto Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada kerabat diraja Britain atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan melalui laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua bertitah baginda akan dikenang oleh Seri Paduka Baginda, kerajaan dan rakyat Malaysia atas komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada Komanwel yang menjadi kebanggaan Malaysia dan usaha baginda untuk menggalakkan hubungan yang lebih kukuh antara United Kingdom dan Malaysia.
"Seri Paduka Ratu Elizabeth II juga akan dikenang atas dedikasi baginda kepada rakyat dan kerajaan United Kingdom serta keprihatinan baginda yang mendalam terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
"Ingatan dan doa dititipkan kepada kerabat diraja dan rakyat Britain yang turut merasai kesedihan atas kemangkatan Seri Paduka Ratu Elizabeth II," menurut kenyataan itu.
Mengimbau kembali kenangan bertemu Ratu Elizabeth II, Seri Paduka berdua telah berangkat mengadakan kunjungan hormat dan menghadiri majlis santapan tengah hari bersama Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham, London pada 13 Dis 2019.
Kunjungan hormat dan majlis santapan tengah hari itu bersempena lawatan khas tujuh hari Seri Paduka ke England yang bermula pada 9 Dis 2019.
BACA SEMUA BERHUBUNG KEMANGKATAN RATU ELIZABETH II DI SINI
Ratu Elizabeth II pernah melawat Malaysia tiga kali pada 1972 (Lawatan Khas), 1989 (Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel ke-11) dan 1998 (Sukan Komanwel ke-16).
Istana Negara
Keluarga Diraja bersama Ratu Elizabeth II bergambar bersama tidak lama dahulu. - Foto Istana Negara
Terdahulu, dilaporkan Ratu Elizabeth II, Raja Britain paling lama menduduki takhta, mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral di Scotland semalam.
Topic Berkaitan
#kemangkatan Ratu Elizabeth
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Raja Permaisuri Agong
#negara Komanwel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan