awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Raja Permaisuri santuni asnaf di Pekan

Bernama
Bernama
09/04/2023
12:27 MYT
Agong, Raja Permaisuri santuni asnaf di Pekan
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkenan meluangkan masa menyantuni para penerima dengan bertanya khabar serta menzahirkan ucapan selamat berpuasa. - Gambar Bernama
PEKAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Sumbangan Kepada Golongan Asnaf dan Miskin yang menetap di Tanah Kesultanan Pekan di sini.
Turut berangkat ke majlis yang diadakan di pekarangan Istana Mangga Tunggal di sini, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.
Pada majlis itu, Seri Paduka berdua mengurniakan sumbangan peribadi dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kepada 116 individu yang turut menerima kuih raya serta bubur lambuk sebagai juadah berbuka puasa.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkenan meluangkan masa menyantuni para penerima dengan bertanya khabar serta menzahirkan ucapan selamat berpuasa.
Seorang penerima, Abdul Moris Zahari, 69, berkata dia amat menghargai kurniaan baginda yang akan digunakan untuk membeli kerusi roda.
"Kerusi roda sedia ada telah rosak dan sumbangan ini memang rezeki untuk beli yang baharu kerana saya ada masalah saraf tunjang selepas terlibat dengan kemalangan ketika menunggang motosikal empat tahun lepas," katanya.
Bekas petugas Kelab Polo Diraja Pahang di sini, Ismail Abdul Majid, 64, pula berkata sumbangan itu akan digunakan untuk membuat persiapan Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.
"Alhamdulillah dalam bulan Ramadan terima kurniaan ini... malah berasa terharu apabila baginda turut bertanya khabar dan masih mengingati saya kerana sering bertemu di kelab polo dahulu," kata bapa kepada empat anak itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Raja Permaisuri Agong
#Tanah Kesultanan Pekan
#asnaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan