SIBU: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan mengetuai Kembara Kenali Borneo (KKB), terus menerima sambutan luar biasa daripada rakyat Sibu, hari ini.
Hari ini selain ratusan penduduk menunggu di luar Hotel RH di mana rombongan Seri Paduka berdua bermalam, dianggarkan lebih 3,000 orang hadir di Pasar Sentral Sibu, hari ini.
"Kami telah meletakkan garisan halangan dan menugaskan anggota kami untuk mengawal pasar ini," kata Ketua Polis Sibu ACP Zulkipli Suhaili.
Walaupun polis yang turut menerima bantuan daripada Pasukan Gerakan Am, penguat kuasa Majlis Perbandaran Sibu dan pengawal keselamatan pasar tersebut, namun mereka tetap diserbu orang awam yang tidak ingin melepaskan peluang untuk melihat sendiri Yang di-Pertuan Agong kesayangan mereka, bersama tiga anak lelakinya yang berangkat mengunjungi pasar basah terbesar di Malaysia itu, pagi tadi.
Sebaik Al-Sultan Abdullah tiba di pasar berkenaan pada 8.47 pagi, orang ramai terus menyambut dengan sorakan dan melaungkan 'Daulat Tuanku'.
Yang di-Pertuan Agong yang turut diiringi Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan anggota Kabinet negeri yang lain, dikerumuni penduduk yang tidak putus-putus menggunakan peluang yang ada untuk mengambil gambar baginda.
"Ini suatu yang amat luar biasa," kedengaran kata-kata seorang kakitangan awam di pasar tersebut.
Pada ketika Al-Sultan Abdullah bergerak dari satu gerai ke satu gerai yang lain menyantuni peniaga dan rakyat di situ, orang ramai terus bersesak-sesak mengikuti pergerakan itu, bagi mendapatkan peluang mengambil gambar yang terbaik.
Walaupun tidak berpeluang untuk bergambar bersama Al-Sultan Abdullah dan menyampaikan bunga kepada Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Setiausaha Persatuan Gereja-gereja Sarawak (ACS) Ita Ting berkata beliau dan rakan-rakannya, gembira kerana Yang di-Pertuan Agong dapat berangkat ke Sibu.
"Ini suatu hari yang bersejarah dan beberapa hari ini merupakan sesuatu perjalanan yang panjang dan memenatkan. Kami hormati baginda, berterima kasih dan berdoa kepada tuhan untuk memberkati Seri Paduka dan Raja Pemaisuri Agong, kerana menjaga negara dalam aman dan harmoni," kata Ita yang turut disertai rakan-rakan dari ACS, Masjid An-Nur, Persatuan Kuil Sikh Sibu, Kuil Hindu Sri Mariamman Sibu, Dewan Spiritual Tempatan Bahai di Sibu dan Persatuan Penganut Buddha Sibu.
Selepas kunjungan ke pasar basah tersebut, kembara kemudiannya menghala ke Sri Aman dan kemudiannya Kuching.
Berangkat sama dalam Kembara Kenali Borneo di Sarawak ialah anakanda Seri Paduka berdua iaitu Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah.
Kembara Kenali Borneo untuk merealisasikan impian Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mendekati rakyat di Sabah dan Sarawak, mengakhiri pengembaraan di Sabah, pada 7 Sept lepas sebelum memasuki Sarawak melalui Brunei.
Penjelajahan sejak 3 hingga 13 Sept itu, bermula dari Tawau, Sabah dan akan berakhir di Telok Melano di selatan Sarawak, melibatkan perjalanan jarak sejauh 2,154 km menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2023
Yang di-Pertuan Agong berkenan membuat lawatan ke Pasar Sentral Sibu sempena Kembara Kenali Borneo hari ini. Turut hadir Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. - Foto Bernama
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Dr Zaliha nafi buat kenyataan media berhubung titah adendum pengampunan Najib
Katanya, kenyataan media yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan olehnya.
Tahanan rumah: Najib mohon masukkan bukti baharu
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Rayuan bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti baharu berhubung kewujudan titah adendum.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM - Sultan Ibrahim
Jika penderaan terus berlaku, Sultan Ibrahim enggan nama baginda dikaitkan dengan universiti itu lagi selain Panglima dan komandan mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan.
Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao di Istana Negara.
Agong doakan keselamatan mangsa banjir
Yang di-Pertuan Agong menitipkan doa agar semua mangsa banjir yang terjejas di tujuh negeri diberikan perlindungan, ketabahan serta kesabaran oleh Allah SWT.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.