awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Abdul Hamid

Bernama
Bernama
01/12/2022
23:15 MYT
Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Abdul Hamid
Abdul Hamid meninggal dunia di Arau pada jam 3.15 petang Khamis, difahamkan akibat menghidap sakit buah pinggang sejak lima tahun lepas. - Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas Yang Dipertua Dewan Negara serta Menteri Besar Perlis, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh yang meninggal dunia petang semalam.
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, malam tadi, Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Abdul Hamid dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.
"Seri Paduka berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.
"Seri Paduka berdua menyanjung tinggi jasa, khidmat dan bakti Allahyarham kepada masyarakat dan menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada negara," menurut hantaran itu.
Abdul Hamid, 78, semasa hayatnya pernah dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-14 pada 2003 hingga 2009 dan menjadi Timbalan Speaker Dewan Rakyat.
Beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar Perlis bermula pada 1986 hingga 1995 selain pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Arau dari 1982 hingga 1986 dan menjadi Ahli Parlimen Kangar pada 1999 hingga 2003.
Selain itu, beliau pernah memegang jawatan sebagai Pro-Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) selama 12 tahun bermula 2003.
Dilaporkan, Abdul Hamid meninggal dunia pada jam 3.15 petang semalam di kediamannya di Arau, Perlis dan difahamkan akibat menghidap sakit buah pinggang sejak lima tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Hamid Pawanteh
#bekas MB Perlis meninggal dunia
#takziah
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan