KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia hari ini.
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
"Allahyarham seorang tokoh yang telah membawa impak cukup besar dan akan sentiasa dikenang, terutamanya oleh rakyat Bumi Kenyalang. Al-Fatihah," menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim.
Abdul Taib, 87, meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 4.40 pagi ini dan pengurusan jenazah Allahyarham dilakukan di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Dilahirkan pada 21 Mei 1936, Abdul Taib merupakan perancang utama yang mencorakkan pembangunan Sarawak, apabila menerajui kepimpinan negeri sebagai Ketua Menteri selama 33 tahun sebelum ini.
Terdahulu, jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Negara pada 10.24 pagi, dan dibawa ke Pangkalan Tentera Udara Subang untuk dibawa pulang ke Kuching, Sarawak.
Menerusi kenyataan Unit Komunikasi Awam Sarawak, jenazah akan terus dibawa ke rumah Allahyarham di Demak Jaya, Jalan Bako.
Jenazah akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) esok dan orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir mulai 8 pagi hingga 11.30 pagi.
Selepas itu, jenazah akan dibawa ke Masjid Demak berdekatan kediaman Allahyarham untuk disolatkan sebelum dikebumikan dengan istiadat pengebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 21 2024
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia hari ini. -Facebook
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Dihalang masuk rumah, isteri bekas TYT Sarawak buat laporan polis
Toh Puan Raghad Kurdi Taib membuat laporan polis selepas mendakwa dihalang memasuki kediamannya di Kuching, Sarawak, minggu lalu.
Dana rizab Sarawak RM31 bilion semasa kepimpinan Abdul Taib - Nancy Shukri
Dengan rizab sebanyak itu, Sarawak tidak risau apabila tiba-tiba menjadi pembangkang sewaktu PH ambil alih tampuk kepimpinan pada 2018.
Jenazah Tun Taib Mahmud selamat disemadi
Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud, selamat dikebumikan di perkuburan keluarganya di Demak Jaya, di Kuching pada 2.20 petang Khamis.
Sultan Brunei berkenan sertai solat jenazah Taib Mahmud
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menyertai solat jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di Masjid Demak hari ini.
Hujan tidak halang ribuan rakyat beri penghormatan terakhir kepada Tun Abdul Taib
Cuaca hujan tidak menghalang ribuan rakyat membanjiri Atrium DUN Sarawak bagi menghadiri Istiadat Penghormatan Negeri buat Tun Abdul Taib Mahmud.
Pemergian Tun Abdul Taib: Saya kehilangan kawan baik - Alfred Jabu
Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang hari ini menzahirkan ucapan takziahnya atas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.
Suasana pilu selubungi Istiadat Penghormatan Negeri Abdul Taib di DUN Sarawak
Suasana pilu menyelubungi DUN Sarawak hari ini sebaik jenazah Abdul Taib Mahmud tiba bagi Istiadat Penghormatan Negeri.
Istiadat penghormatan negeri, pengebumian Abdul Taib Mahmud hari ini
Istiadat penghormatan negeri dan pengebumian bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud akan berlangsung hari ini.
Allahyarham Abdul Taib ibarat tokoh tidak berhenti tabur bakti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata jasa dan pengorbanan Allahyarham Abdul Taib untuk negara khususnya Sarawak amat besar.
Raja-raja Melayu zahir ucapan takziah pemergian Taib Mahmud
Raja-raja Melayu menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia.