awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Ketua Eksekutif Perkeso

Bernama
Bernama
01/11/2022
06:40 MYT
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Ketua Eksekutif Perkeso
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed atas pemilihan sebagai Presiden Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA) ke-17 bagi tempoh tiga tahun bermula 2023.
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed atas pemilihan sebagai Presiden Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA) ke-17 bagi tempoh tiga tahun bermula 2023.
Turut menzahirkan ucapan tahniah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menurut catatan di Facebook rasmi Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas kejayaan beliau sebagai rakyat Malaysia pertama memegang jawatan tertinggi dalam badan antarabangsa dan menerajui bidang keselamatan sosial di peringkat global.
"Kejayaan beliau bukan sahaja menjulang nama Malaysia di pentas dunia, malah membuktikan kepercayaan dunia terhadap kepemimpinan Malaysia dalam bidang keselamatan sosial.
"Ia juga sekali lagi membuktikan Malaysia mampu melahirkan pemimpin yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa," demikian menurut catatan Istana Negara.
Seri Paduka berdua turut menzahirkan ucapan selamat bertugas dan selamat maju jaya kepada Mohammed Azman dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan dan kecemerlangan berterusan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Ketua Eksekutif Perkeso
#Mohammed Azman Aziz Mohammed
#Presiden ISSA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan