awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong sempurnakan pengurniaan watikah tauliah Pegawai Kadet ATM

Bernama
Bernama
22/07/2023
02:32 MYT
Agong sempurnakan pengurniaan watikah tauliah Pegawai Kadet ATM
Al-Sultan Abdullah berkenan menyampaikan titah pada Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet ATM 2023 di Kem Perdana Sungai Besi, hari ini. -- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2023 di Kem Perdana Sungai Besi di sini, hari ini.
Turut berkenan berangkat pada istiadat hari ini ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Keberangkatan Seri Paduka diiringi Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan, Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman, Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Sabri Zali.
Seramai 228 Pegawai Kadet ditauliahkan hari ini terdiri daripada mereka yang menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Jumlah itu melibatkan 136 Pegawai Kadet Tentera Darat Malaysia dan masing-masing 46 Pegawai Kadet dari Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia.
Mereka berjaya menamatkan program ijazah dalam jurusan masing-masing selama tiga hingga empat tahun dan mengikuti Latihan Ketenteraan Tahun Akhir (LKTA) selama enam bulan di kolej perkhidmatan, yang tamat pada 30 April lepas sebelum layak ditauliahkan sebagai Pegawai Muda ATM dengan pangkat Leftenan Muda.
Majlis hari ini menyaksikan Leftenan Muda Mohamad Norizzaini Norizam dinobatkan sebagai Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Pegawai Kadet ATM
#watikah tauliah
#Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan