awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong terima kejutan Hari Keputeraan di Istana Negara

Bernama
Bernama
31/07/2019
21:23 MYT
Agong terima kejutan Hari Keputeraan di Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong berkenan memotong kek berbentuk singgahsana ketika menerima 'kejutan' sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-60 pada Majlis Santapan Diraja di Istana Negara malam tadi. --fotoBERNAMA
Nyanyian lagu 'Allah Selamatkan Tuanku' berkumandang di Istana Negara malam tadi sebagai kejutan bagi meraikan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ke-60.
Kejutan itu berlangsung ketika Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersedia untuk berangkat pulang bersama Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha selepas selesai menghadiri Majlis Santapan Diraja.
"Allah Selamatkan Tuanku,
Allah Selamatkan Tuanku,
Allah Selamatkan Duli Tuanku,
Allah Selamatkan Tuanku."
Bait lagu tersebut dinyanyikan penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah dan anak-anak Permata Seni Koir yang turut disertai oleh tetamu yang hadir.
Seri Paduka kemudian dipersembahkan kek berbentuk singgahsana dan berkenan untuk memotong kek tersebut di hadapan lebih 700 tetamu yang hadir pada majlis itu.
Lebih manis, Tunku Azizah berkenan menyuapkan Seri Paduka potongan kek tersebut dan kemudian memberikan salam hormat serta pelukan.
Seri Paduka berdua kemudian turut berkenan bersalaman dan bergambar dengan tetamu yang hadir sebelum berangkat meninggalkan majlis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AgongKita
#Al-Sultan Abdullah
#Dayang Nurfaizah
#Hari Keputeraan
#Istana Negara
#kejutan
#kek
#Permata Seni Koir
#Raja Permaisuri Agong
#Sultan Brunei
#Sultan Hassanal Bolkiah
#Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan