KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) Sheikh Joann Hamad Al Thani di Istana Bukit Tunku di sini.
Berangkat sama mengiringi Seri Paduka Baginda ialah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.
Advertisement
Hadir sama Ketua Pengarah OCA Hussain Al-Musallam, Pengarah Pejabat Presiden OCA Sheikh Faisal Ahmed Al Thani dan Duta Besar Qatar ke Malaysia Salah Mohammed Al-Sorour.
Beberapa gambar sesi menghadap itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
-- BERNAMA