KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya rakyat sentiasa mengamalkan penjagaan kesihatan demi kelangsungan usaha memutuskan rantaian penularan COVID-19 ketika sambutan Aidilfitri ini.
Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, Seri Paduka bertitah kedatangan Ramadan dan Syawal kali ini adalah ketika negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik hasil usaha rakyat selama lebih dua tahun memerangi COVID-19 sehingga menampakkan sinar di hujung kegelapan.
Al-Sultan Abdullah bertitah ini juga hasil usaha padu kerajaan dan kesatuan rakyat dalam mencapai imuniti kelompok menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan pemberian dos penggalak yang semakin meluas.
"Pelbagai onak dan ranjau yang telah kita tempuhi dalam perjuangan membebaskan negara daripada belenggu COVID-19. Melangkah ke hadapan, rakyat beta hendaklah meneruskan momentum dengan berterusan mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan yang baik dan mematuhi semua saranan kerajaan.
Jangan sekali-kali mengambil mudah dan bersikap sambil lewa akan nikmat kesihatan yang dikurniakan Allah SWT. Sesungguhnya nikmat kesihatan itu adalah asas bagi kehidupan yang sempurna dan kepada pembangunan negara tercinta," titah Seri Paduka dalam perutusan khas Aidilfitri yang disiarkan stesen-stesen televisyen dan radio, malam ini.
Yang di-Pertuan Agong juga menzahirkan keyakinan pembukaan semula sempadan negara pada 1 April lepas akan memberikan impak besar kepada pemulihan ekonomi negara selain membawa keceriaan kepada rakyat untuk pulang ke kampung halaman menziarahi ahli keluarga.
Titah Al-Sultan Abdullah, kemeriahan menyambut Aidilfitri pada tahun ini sudah pasti akan lebih dinikmati bersama orang yang tersayang.
Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mengingatkan rakyat yang memandu untuk pulang ke kampung halaman supaya sentiasa mengutamakan keselamatan sepanjang pemanduan dan mematuhi undang-undang ditetapkan.
Seri Paduka berdua turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh petugas barisan hadapan negara meliputi Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, petugas perkhidmatan kesihatan serta semua agensi kerajaan yang menggalas amanah memelihara keamanan dan kedaulatan negara.
"Beta dan Raja Permaisuri Agong mendoakan agar seluruh rakyat beta dan negara Malaysia yang di cintai ini akan kekal bersatu padu dan sentiasa berada di bawah perlindungan Allah SWT serta dijauhi dari sebarang musibah dan bencana.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang beta kasihi. Maaf zahir dan batin," titah Seri Paduka.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 01 2022
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya rakyat sentiasa mengamalkan penjagaan kesihatan. - BERNAMA
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Dr Zaliha nafi buat kenyataan media berhubung titah adendum pengampunan Najib
Katanya, kenyataan media yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan olehnya.
Tahanan rumah: Najib mohon masukkan bukti baharu
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Rayuan bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti baharu berhubung kewujudan titah adendum.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM - Sultan Ibrahim
Jika penderaan terus berlaku, Sultan Ibrahim enggan nama baginda dikaitkan dengan universiti itu lagi selain Panglima dan komandan mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan.
Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao di Istana Negara.
Agong doakan keselamatan mangsa banjir
Yang di-Pertuan Agong menitipkan doa agar semua mangsa banjir yang terjejas di tujuh negeri diberikan perlindungan, ketabahan serta kesabaran oleh Allah SWT.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.