awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang komited perkasa SMAN, setanding sekolah elit arus perdana - Wan Rosdy
PRK Kinabatangan, Lamag: SPR saran bakal calon buat semakan awal
Empat ditahan berhubung ugutan terhadap Ketua Polis Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong zahir penghargaan rakyat bersama-sama perangi COVID-19.

Astro Awani
Astro Awani
12/05/2021
13:12 MYT
Agong zahir penghargaan rakyat bersama-sama perangi COVID-19.
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan keyakinan bahawa negara akan berupaya membendung penularan pandemik COVID-19.
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama yang telah bersama-sama memerangi pandemik COVID-19.
Baginda turut mengajak setiap rakyat bersama-sama menghargai jasa, komitmen, keberanian dan pengorbanan petugas barisan hadapan negara yang telah mencurah khidmat bakti dengan penuh kegigihan untuk membendung penularan wabak COVID-19.
“Kepada seluruh rakyat Malaysia, marilah kita menyambut Hari Raya Aidilfitri ini sebagai satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dan dengan penuh rasa kesyukuran.
“Teruskanlah melangkah ke hadapan dengan menjaga kesihatan diri dan mematuhi semua peraturan yang digariskan,” titah baginda dalam Perutusan Khas Aidilfitri yang disiarkan menerusi siaran televisyen dan radio, malam ini.
Menerusi kesatuan seluruh rakyat Malaysia, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan keyakinan bahawa negara akan berupaya membendung penularan pandemik COVID-19.
"Beta dan Raja Permaisuri Agong mendoakan agar rakyat Malaysia dan negara sentiasa berada di bawah perlindungan Allah S.W.T serta dijauhi dari sebarang musibah dan bencana.
“Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang beta kasihi. Maaf zahir dan batin. Ikhlas daripada beta dan Raja Permaisuri Agong,” titah Seri Paduka.
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#penghargaan
#seluruh rakyat
#bersama-sama perangi
#pandemik
#COVID-19
#sambutan aidilfitri
#perutusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan