awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong zahir takziah kepada keluarga mendiang Guan Dee

Bernama
Bernama
27/10/2021
05:40 MYT
Agong zahir takziah kepada keluarga mendiang Guan Dee
Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mendiang (gambar) yang juga bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. - Foto Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Negara Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi yang meninggal dunia semalam.
Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mendiang yang juga bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mendiang sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih serta pilu ini.
"Seri Paduka Baginda amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan mendiang kepada negeri Sabah dan negara," menurut kenyataan Istana Negara yang dimuat naik menerusi Facebook.
Mendiang Guan Dee yang juga Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) telah mencipta sejarah sebagai Senator pertama yang dilantik daripada parti tersebut.
Guan Dee, 67, meninggal dunia pada 4.50 petang semalam di Hospital Kuala Lumpur selepas mengadu sakit dada.
Presiden STAR Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan dilaporkan berkata Guan Dee berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat Perikatan Nasional (PN) pada petang Ahad (24 Okt) namun tidak menghadiri mesyuarat itu selepas disahkan positif COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Guan Dee Koh Hoi
#takziah
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan