KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Presiden Emiriah Arab Bersatu dan Pemerintah Abu Dhabi Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahya yang telah kembali ke rahmatullah hari ini.
Seri Paduka turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Almarhum dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Sheikh Khalifa sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih serta pilu itu.
"Seri Paduka mendoakan agar roh Almarhum dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin," menurut hantaran di laman Facebook Istana Negara.
Susulan berita kemangkatan Sheikh Khalifa, Al-Sultan Abdullah telah menghubungi Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahya untuk menzahirkan ucapan takziah secara peribadi.
BACA: Presiden UAE, Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan meninggal dunia
Menurut hantaran itu, Al-Sultan Abdullah dan Sheikh Mohamed adalah rakan kolej di Akademi Tentera Diraja Sandhurst pada 1978 serta 1979 dan persahabatan akrab kedua-dua pemimpin kekal hingga sekarang.
Atas jemputan peribadi Sheikh Mohamed, Al-Sultan Abdullah turut berkenan berangkat ke Abu Dhabi Ahad ini untuk bersama-sama ketua negara dan kerajaan lain memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum.
Istiadat penghormatan terakhir Sheikh Khalifa dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula esok hingga 16 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 13 2022

Seri Paduka turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Almarhum dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Sheikh Khalifa sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih serta pilu itu. - Foto ihsan Facebook Istana Negara

Ringgit cecah RM4.40 berbanding dolar AS ekoran bimbang kemelesetan ekonomi
Pada 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.4030/4060 berbanding dolar AS daripada 4.3960/3975 ketika ditutup pada Rabu.

Jakim tidak berkompromi dengan sijil halal
SICHMA, selaku badan pensijilan halal yang bertanggungjawab dalam penyeliaan halal ke atas loji sembelihan itu, akan diberi surat tunjuk sebab.

Kajian klinikal penggunaan kanabis untuk perubatan masih peringkat awal
Kajian klinikal penggunaan kanabis untuk perubatan di Malaysia masih di peringkat awal dan belum dapat bergerak seperti negara luar yang telah menggunakan kanabis untuk rawatan penyakit kronik.

Sukan SEA Hanoi: Malaysia pertahan emas gimrama all-around berkumpulan
Skuad gimrama mempamerkan persembahan mantap yang memikat hati juri untuk menghimpunkan mata tertinggi 49.20 mata.
![AWANI Borneo [19/05/2022] - Kes HFMD terkawal | ADUN kerajaan, pembangkang sepakat AWANI Borneo [19/05/2022] - Kes HFMD terkawal | ADUN kerajaan, pembangkang sepakat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967700/thumbnails/19650021631652960152944_640x360.jpeg)
AWANI Borneo [19/05/2022] - Kes HFMD terkawal | ADUN kerajaan, pembangkang sepakat
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan: AWANI Borneo 19 Mei 2022 : - Sabah, Sarawak rekod peningkatan kes HFMD. - DUN Sarawak sebulat suara luluskan RUU Hutan 2022. - Sazzlan dan Taqiyuddin dedah rahsia tuai emas di Hanoi.

Dakwaan Konsulat Indonesia berhubung kapal dagang Malaysia-Indonesia dikawal oleh dasar kabotaj mengelirukan
Kenyataan kaunselor hal ehwal ekonomi bagi konsulat Indonesia di Sabah, Muhammad Muhsinin Dolisada, berhubung penggunaan kapal dagang kayu dan kecil di perairan Malaysia dan Indonesia dengan mengaitka

Sukan SEA 2021 | Sazzlan tidak pernah ponteng latihan
Latihan yang konsisten selain tidak ponteng jadual merupakan tip kejayaan Sazzlan Yuga bersama pasangannya Mohd Taqiyuddin Hamid untuk membawa pulang pingat emas di Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam. Menerusi acara akhir Silat Ganda Putra (Seni) pada 11 Mei lalu, Sazzlan dan Taqiyuddin mengutip 9.950 mata mengatasi pencabar dari Singapura. Bagi Sazzlan yang merupakan anak jati Tawau, Sabah, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan penghalang untuk beliau teruskan latihan.

Peranan Media | Bantu pelaksanaan polisi agenda pembangunan
Pembentukan dan pelaksanaan polisi serta agenda pembangunan rakyat di Sarawak turut bergantung kepada integriti pengamal media dalam melaporkan isu di peringkat akar umbi. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak menafikan hak media dalam mengangkat isu rakyat sebagai penanda aras pengurusan yang baik daripada pihak pentadbir.

DUN Sarawak | Kerajaan negeri konsisten kaji, nilai tuntutan MA63
Sarawak akan terus mengkaji keperluan membuat pindaan kepada Perlembagaan negeri dan Ordinannya bagi menjamin kepentingan negeri itu. Timbalan Menteri Undang-Undang, MA63, Hubungan Negeri-Persekutuan Sarawak, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menyifatkan usaha itu bergerak kondusif di antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

DUN Sarawak | Dasar hutan perlu pelaksanaan berintegriti
Blok pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak turut memberi sokongan kepada pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Hutan 2022 dengan wawasan untuk memperkasa pemuliharaan dan pemeliharaan hutan negeri itu. Bagaimanapun, ADUN Padungan, Chong Chieng Jen dan ADUN Bawang Assan, Datuk Seri Wong Soon Koh antara yang membahaskan RUU tersebut menuntut pelaksanaan dasar tersebut dibuat secara berintegriti.

Seri Paduka berkenan berangkat menghadap Presiden UAE yang baharu di Abu Dhabi
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat menghadap Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

Agong berangkat ke Abu Dhabi untuk beri penghormatan terakhir
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada kira-kira 4.20 petang.

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Menerusi perkongsian di Facebook Istana Negara, Seri Paduka Berdua menzahirkan harapan agar sambutan itu dilimpahi keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan.

Presiden UAE meninggal dunia: Agong titah bendera Pahang dikibar separuh tiang selama lima hari
Ia sebagai tanda berkabung atas pemergian Allahyarham Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed Al-Nahyan, yang meninggal dunia semalam.

Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga Presiden UAE
Seri Paduka turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Almarhum dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Sheikh Khalifa sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih serta pilu itu.

Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga penuntut USAS maut kemalangan
Seri Paduka turut menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham-Allahyarham terbabit sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Prof Datuk Salleh Buang
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Prof Datuk Salleh Buang yang meninggal dunia, Rabu lepas.

Jangan jual rumah YASA, biar berkekalan turun-temurun - YDP Agong
Baginda bertitah agar rumah tersebut dijaga supaya kekal menjadi hak milik keluarga turun-temurun.

Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada skuad terjun negara
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada semua atlet dan mendoakan semoga mereka mencapai kejayaan cemerlang.

Agong berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri
Keberangkatan tiba Seri Paduka di Seri Perdana pada kira-kira 11.30 pagi disambut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.