KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia menzahirkan kegembiraan sepanjang berada di bawah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kerana baginda berdua mempamerkan kepimpinan raja berjiwa rakyat.
Bahkan keberangkatan pulang Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah ke Pahang hari ini selepas bersemayam di Istana Negara bermula 31 Januari 2019 sehingga hari ini sudah tentu akan dirindui oleh rakyat jelata.
Pensyarah Universiti Antarabangsa UNITAR, Nur Awatif Adawiyah, 28, berkata, sikap Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri yang sangat mesra membuatkan rakyat melihat baginda berdua sinonim dengan ungkapan 'raja dan rakyat berpisah tiada'.
Malah katanya, disebabkan karakter yang dipamerkan baginda berdua, rakyat sudah pasti teruja untuk bertentang mata dengan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah untuk melihat sendiri raja yang telah bertakhta di hati rakyat Malaysia.
“Sebelum ini kita sebagai rakyat kurang rapat dengan Yang di-Pertuan Agong, tetapi Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berbeza kerana sangat mesra rakyat, bukan sahaja secara berdepan malah di media sosial.
“Kita boleh lihat setiap kali ada majlis atau lawatan Yang di-Pertuan Agong, mesti rakyat teruja dan sanggup menunggu kehadiran Tuanku di lokasi,” katanya kepada Sinar Harian.
Seorang pesara, Abdul Rahman Hashim, 53, berpendapat, Al-Sultan Abdullah amat disenangi kerana sering turun padang dan melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh rakyat terutamanya ketika banjir.
“Saya amat bersyukur mendapat seorang raja sebagai pemerintah berjiwa rakyat. Saya ucapkan selamat maju jaya, panjang umur dan diberi kesihatan yang baik kepada Yang di-Pertuan Agong serta Permaisuri Agong. Selamat berangkat ke negeri Pahang,” ujarnya.
Dalam pada itu, pengurus pengeluaran, S Satehiswaran, 34, berkata, Yang di-Pertuan Agong mempunyai sifat rendah diri walaupun mempunyai status yang tinggi.
Malah katanya, Yang di-Pertuan Agong tidak pernah berasa segan untuk bergaul dengan rakyat tanpa mengira status.
“Tuanku sangat ramah apabila singgah di gerai-gerai tepi jalan dan menjamah jualan yang dijual tanpa rasa kekok. Begitu juga ketika bencana seperti banjir dan COVID-19.
"Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong turun padang bagi melihat sendiri keadaan rakyat,” tambahnya.
Turut berkongsi pandangan, Lo Tack Wai, 49, yang bekerja sendiri, berkata, dia berasa sangat bangga dengan perkhidmatan diberikan oleh Al-Sultan Abdullah sepanjang pemerintahannya sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Menurutnya, Al-Sultan Abdullah telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik sehingga disenangi oleh rakyat pelbagai kaum dan dia berharap Seri Paduka Baginda dikurniakan kesihatan berpanjangan.
Sementara itu, Kamaruddin Mohd Radin, 73, berkata, biarpun tidak pernah bertentang mata dengan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah, tetapi dia menyedari baginda berdua merupakan pemerintah yang baik hati dan amat prihatin.
“Saya memang tak kenal rapat dengan Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri, namun rakan saya sering berkongsi cerita bahawa baginda berdua sangat prihatin dan cakna dengan keadaan sekeliling sejak zaman muda hingga kini.
“Terima kasih saya ucapkan kepada Tuanku atas segala jasa baik selama lima tahun menjadi Yang di-Pertuan Agong,” ujarnya.
Seorang pekerja swasta, Haziqah Razali, 25, turut berpendapat bahawa suara rakyat sentiasa menjadi keutamaan Yang di-Pertuan Agong.
Sebab itulah katanya, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah akan dikenang walaupun perkhidmatan baginda berdua selaku Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong berakhir hari ini.
Nazreena Md Shahrudin Khan, 32, yang bekerja sendiri pula berkata, kemesraan dan celoteh Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dalam tempoh lima tahun ini sudah pasti akan dikenang oleh rakyat.
"Saya mendoakan baginda berdua sentiasa berada di bawah lindungan ALLAH," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 30 2024
Kehadiran Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah di Sabah dan Sarawak ketika Kembara Kenali Borneo pada September tahun lalu membuktikan baginda berdua disayangi rakyat jelata. -Bernama
Trump akui 'tersinggung' dengan sokongan Putin terhadap Harris
Donald Trump mengakui bahawa beliau "sangat tersinggung" dengan keputusan Vladimir Putin menyatakan sokongan kepada Kamala Harris.
"Sukar digambarkan" - Sandra Lim bersyukur dinobat Miss Universe Malaysia 2024
Model dan pelakon Sandra Lim menepati ramalan selepas dinobatkan Miss Universe Malaysia 2024.
Tebing sungai runtuh: Rekahan dikesan susulan pergerakan tanah
Setakat ini, lokasi kejadian terkawal, namun masih ada rekahan dikesan akibat pergerakan tanah.
MCMC diminta tidak teruskan pelaksanaan kaedah penghalaan semula DNS - Fahmi
MCMC diminta tidak meneruskan arahan mewajibkan semua penyedia perkhidmatan Internet (ISP) di Malaysia melakukan penghalaan semula Sistem Nama Domain (DNS).
Perkembangan operasi pemantauan di lokasi kejadian
Semalam, berlaku runtuhan tebing sungai yang menenggelamkan kawasan pembinaan projek loji rawatan air berhampiran Idaman BSP Taman Mas Puchong.
Runtuhan tersebut yang berlaku sekitar 2 petang telah menenggelamkan kawasan pembinaan sedalam 19 meter.
Runtuhan tersebut yang berlaku sekitar 2 petang telah menenggelamkan kawasan pembinaan sedalam 19 meter.
Kes demam denggi menurun, 4 kematian dilaporkan
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan memaklumkan, jumlah kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,765 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 35 iaitu bagi tempoh 25 hingga 31 Ogos, berbanding 1,980 kes pada minggu sebelumnya dengan empat kematian dilaporkan akibat komplikasi.
Kapten Burnley, Josh Brownhill terbuka wakili Harimau Malaya
Kapten Burnley, Josh Brownhill yang dikhabarkan mempunyai pertalian darah keturunan England-Malaysia bersifat terbuka untuk mewakili Malaysia.
Isu sijil halal: Bincang dalam mesyuarat, tidak perlu timbul kontroversi - PM Anwar
Anwar berkata perkara yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum tidak perlu dijadikan isu sehingga menimbulkan kontroversi.
AWANI Ringkas: Kenyataan Teresa tidak wakili PH
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes demam denggi menurun pada ME 35, empat kematian dilaporkan
Bilangan lokaliti 'hotspot' yang dilaporkan pada ME 35 sebanyak 64 lokaliti berbanding 85 pada minggu sebelumnya.
Titah Agong beri mesej jelas penerima darjah kebesaran tidak kebal undang-undang
Amaran Sultan Ibrahim adalah mesej jelas bahawa mereka tidak kebal daripada undang-undang.
Agong zahir sukacita prestasi ekonomi, pedagangan negara bertambah baik
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan perasaan sukacita dengan keadaan ekonomi dan prestasi perdagangan negara yang bertambah baik dan menunjukkan peningkatan.
Kerajaan terus giat langkah pastikan negara stabil, mesra perniagaan - PM Anwar
Kerajaan akan terus menggiatkan usaha memastikan negara terus stabil, di samping mewujudkan ekosistem yang kondusif dan mesra perniagaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Agong beri amaran tarik balik darjah penerima yang cemar nama negara
Yang di-Pertuan Agong beri amaran akan menarik balik Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan daripada penerima yang mencemarkan nama negara.
Sultan Ibrahim berangkat ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran
Yang di-Pertuan Agong berkenan menghadiri Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2024 di Istana Negara.
Ahmad Zahid sedia disiasat dakwaan unsur tipu SD
Ahmad Zahid sedia disiasat berhubung dakwaan terdapat unsur tipu helah atau memperdaya Yang di-Pertuan Agong ke-16 ketika mengemukakan Akuan Berkanun (SD).
Sultan Ibrahim imbau kenangan Almarhum Paduka Ayahanda di Hari Kebangsaan
Sultan Ibrahim bersempena Hari Kebangsaan ke-67 hari ini, mengimbau semula sambutan itu 38 tahun lepas ketika Paduka Ayahanda Almarhum Sultan Iskandar Ismail menjadi Yang di-Pertuan Agong.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke sambutan Hari Kebangsaan 2024
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya.
Siasatan, pendakwaan di bawah Akta Hasutan bebas campur tangan kerajaan - Fahmi
Semua siasatan dan pendakwaan di bawah Akta Hasutan yang sedang berjalan dilaksanakan secara bebas oleh polis dan Jabatan Peguam Negara (AGC) tanpa tekanan atau penglibatan dari kerajaan.
Agong dipersembah taklimat pelaksanaan sambutan Hari Kebangsaan 2024
Taklimat dipersembahkan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024 kepada Seri Paduka Baginda di Istana Negara.