Sejak menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan lepas, sifat rendah diri, keprihatinan dan kesederhanaan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjadi pujian rakyat, sekali gus meletakkan Seri Paduka sebagai Ketua Negara yang disayangi semua lapisan masyarakat.
Pada Selasa ini, Seri Paduka akan ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong dan secara rasminya menggalas tanggungjawab sebagai payung mahkota yang menaungi rakyat Malaysia selama lima tahun.
Bagi ramai rakyat negara ini, Istiadat Pertabalan itu adalah peristiwa bersejarah yang ditunggu-tunggu kerana selain rasa bangga mendapat seorang raja yang dekat dengan rakyat, Sultan Abdullah juga diharap dapat menaungi masyarakat majmuk di negara ini dengan penuh iltizam, adil dan saksama.
Anak jati Pahang, Muzaman Abd Kadir, 36, melahirkan rasa amat bangga kerana berpeluang melihat Sultan Pahang sendiri yang menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong.
"Sepanjang umur saya, sudah beberapa kali saya saksikan istiadat seumpama ini, tetapi kali ini ia lebih istimewa kerana Sultan Pahang (Sultan Abdullah) yang ditabalkan sebagai Agong," katanya yang bertugas sebagai pegawai khidmat pelanggan sebuah syarikat komunikasi, di ibu kota.
Turut berkongsi rasa teruja, Esham Shul Md Din, 49, yang merancang untuk membawa keluarganya melawat Istana Negara pada Selasa ini, yang telah diisytiharkan sebagai cuti umum bersempena istiadat itu.
"Selain menonton upacara istiadat itu di rumah, saya rancang nak bawa anak-anak untuk melawat Istana Negara. Malah, kami sekeluarga dah merancang untuk pergi ke Pameran Raja Kita di Muzium Diraja, Kuala Lumpur minggu depan," katanya.
Sultan Abdullah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam, menggantikan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, pada 15 Jan, dan dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja, 24 Jan lepas. Seri Paduka melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan lepas.
Di KUANTAN, berkongsi rasa bangga dan gembira, bekas pengasuh baginda Hashimah Mat Ali, 80, menyifatkan figura diraja ini terlalu istimewa di hati rakyat kerana sifat penyayang yang diwarisi daripada Almarhum Paduka Ayahanda cukup tinggi.
"Kini seluruh rakyat Malaysia dapat mengenali lebih dekat sisi peribadi tuanku yang rakyat Pahang sudah lama kenal dan rasa bertuah kami kerana mempunyai Sultan yang amat bertanggungjawab," katanya kepada Bernama di sini.
Asmayudim Uyub, 42, yang bekerja sendiri menyifatkan Sultan Abdullah sebagai seorang raja yang begitu dekat dengan rakyat dan tidak pernah sesekali melupakan rakyat yang dilanda bencana atau kesusahan.
"Gandingan Tuanku dengan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menjadikan pasangan itu lebih istimewa kerana Tunku Azizah juga sentiasa mengambil berat akan keprihatinan rakyat," katanya.
Pekerja swasta Yong Siew Meng, 43, dari Sungai Lembing, Kuantan pula yakin Sultan Abdullah dan Tunku Azizah akan menjadi pemerintah yang baik, memastikan keharmonian negara terus terpelihara dan akan bersama-sama pentadbiran negara memulihkan ekonomi supaya rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.
Di JOHOR BAHRU, iaitu negeri kelahiran Tunku Azizah, pekerja kedai serbaneka C.Chamundiswary, 24 berharap pertabalan Yang di-Pertuan Agong mampu membuka hati dan minda masyarakat Malaysia untuk bersama-sama berganding bahu mengekalkan keharmonian hidup di negara ini.
"Pertama sekali, saya ucapkan tahniah atas pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Raja Permaisuri Agong, semoga dengan Seri Paduka berdua yang berjiwa rakyat dapat menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan semua dapat hidup aman dan damai," katanya.
Senada dengan Chamundiswary, pelajar Universiti Teknologi MARA (UITM), Nurul Izati Ab. Rahman, turut mengharapkan perpaduan antara kaum dapat kembali utuh selepas kerapuhan perpaduan dilihat agak ketara sejak kebelakangan ini.
"Selepas ini, saya harapkan masyarakat lebih bersatu padu, mengambil contoh daripada sikap Tuanku yang banyak merendah diri dan mengambil berat tentang rakyat," kata penuntut tahun ketiga jurusan Pentadbiran Perniagaan.
Ahmad Sobri Muzammil Hussain pula mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Yang di-Pertuan Agong untuk menerajui negara yang berdaulat.
"Diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdullah di atas pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-16 dengan ucapan baginda terus diberikan dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk menerajui Malaysia agar menjadi negara yang aman, makmur dan sejahtera," kata guru muzik 'Ukulele' dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mahkota Felda Aping Timur, Kota Tinggi.
Turut merafak sembah dan mengucapkan tahniah atas pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, pemilik butik Daeng Hamizah Abd Aziz yang berharap Malaysia akan lebih sejahtera dan maju di masa hadapan.
"Harapan patik semoga Tuanku sentiasa memastikan dan mengutamakan keselamatan, keamanan dan kesejahteraan pelbagai kaum di Malaysia. Semoga ekonomi Malaysia juga bertambah baik, berkembang pesat dan Malaysia menjadi negara maju dalam tempoh beberapa tahun lagi," katanya.
-- BERNAMA
WAWANCARA eksklusif bersama Al-Sultan Abdullah akan disiarkan di saluran 501, Astro AWANI pada 30 Julai bermula pukul 9 malam dan turut ditayangkan di saluran 104, Astro RIA, saluran 301 (Astro AEC), saluran 201 (Astro VAANAVIL) dan saluran 110 (Astro HELLO).
Para pelanggan Astro juga berpeluang untuk mengenali sisi Al-Sultan Abdullah yang berbeza menerusi satu tayangan perdana dengan baginda pada 30 Julai ini ditonton di www.astroawani.com/live-tv bermula pukul 12 tengah hari.
Sementara itu, pada hari Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai ini, Astro AWANI akan menayangkan secara langsung dari Istana Negara, Kuala Lumpur.
Dan sebagai meraikan istiadat kebesaran diraja Melayu ini, kami di Astro AWANI juga akan menyiarkan pelbagai Laporan Khas Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong mulai 26 Julai ini.
Bernama
Sat Jul 27 2019
Pada Selasa ini, Seri Paduka akan ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong dan secara rasminya menggalas tanggungjawab sebagai payung mahkota yang menaungi rakyat Malaysia selama lima tahun. - Gambar fail/BERNAMA
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.
SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.
COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.
PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.
Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.
Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.
#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.