awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musk tuntut sehingga US$109.4 bilion daripada OpenAI atas "keuntungan salah"
Penyokong anjur solat hajat perdana, mohon keadilan buat Najib Razak
Ketegangan Iran-AS: Semua pihak digesa bertenang - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#AgongKita: Nostalgia 35 tahun busana Raja Permaisuri Agong

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
02/08/2019
16:49 MYT
#AgongKita: Nostalgia 35 tahun busana Raja Permaisuri Agong
Persalinan diraja yang sudah berusia 35 tahun dikongsi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di akaun Twitter baginda yang menarik perhatian rakyat jelata. - Gambar Twitter @cheminahsayang
PADA 30 Julai lalu, istiadat pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 berlangsung dengan penuh kesantunan dalam suasana gilang-gemilang.
Rakyat jelata memberikan tumpuan sepenuhnya pada istiadat yang diadakan di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Di sebalik kemeriahan istiadat diraja itu, rakyat tidak ketinggalan memberi tumpuan pada putera-puteri Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang turut hadir.
Namun begitu, apa yang istimewanya mengenai istiadat pertabalan itu juga ialah apabila Raja Permaisuri Agong berkongsi busana yang dikenakan puteri bongsu baginda, Al- Sultan Abdullah, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.
Tengku Puteri Jihan mengenakan persalinan yang pernah disarung oleh bondanya pada acara itu sekali gus mengulangi momen Tunku Azizah.
Simboliknya, busana berusia 35 tahun itu dikenakan Tunku Azizah semasa menyaksikan pertabalan ayahanda baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-8.
Menerusi kemas kini di laman Twitter, Tunku Azizah menzahirkan perasaan syukur kerana puteri bongsunya mengulangi sejarah 35 tahun dahulu.
"Selepas 35 tahun, Jihan memakai baju kurung yang saya pakai ketika pertabalan ayahanda saya pada tahun 1984, Alhamdulillah," katanya dalam entri tersebut pada Jumaat.
Lebih menarik, Tunku Azizah turut berkongsi sekeping gambar yang memaparkan baginda berbaju kurung dengan gambar terkini yang dipakai oleh Tengku Puteri Jihan.
35 yrs later, Jihan wore my baju kurung that i wore to my fathers installation in 1984 ... alhamdulillah pic.twitter.com/C4GZa1sYI3
— azizah iskandar (@cheminahsayang) August 2, 2019
Rata-rata rakyat memuji kecantkkan baginda dan puterinya yang turut mewarisi kejelitaan Tunku Azizah.
Puteri jihan cantik sgt persis tuanku
— mawar sari (@aris_mawar) August 2, 2019
Beautiful
— Shakirah (@shakirah2335) August 2, 2019
Tahan material dia kan.. Cantik dan anggun sangat....
— Rus Inda Rus Din (@rus_inda) August 2, 2019
View this post on Instagram
30 Julai 2019 - Sejarah berulang apabila busana yang dipakai oleh YAM Tengku Puteri Jihan pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVI hari ini adalah merupakan busana yang pernah dipakai oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika Istiadat Pertabalan Ayahanda Baginda Almarhum Sultan Iskandar Al- Haj pada tahun 1984. . Going back in time when the beautiful outfit worn by Her Majesty Seri Paduka Baginda The Raja Permaisuri Agong during the Installation Ceremony of Ayahanda Baginda Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj in 1984, is now being worn by Her Majesty's daughter, YAM Tengku Puteri Jihan during today's Installation ceremony of the 16th Yang di-Pertuan Agong . #agongkita #ourqueen #johor #tengkuputerijihan #cherishedmemories #agongkita #pertabalan #istananegara #royal #ourking #installation #malaysia #history
A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on
Jul 30, 2019 at 4:49am PDT
Topic Berkaitan
#AgongKita
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Nostalgia 35 tahun busana Raja Permaisuri Agong
#Raja Permaisuri Agong
#Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah
#Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan