GEORGE TOWN: Ahli dan para penyokong MCA dan MIC di Pulau Pinang diharap dapat terus memberi sokongan kepada calon gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.
Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata sokongan itu penting bagi membolehkan gabungan parti Kerajaan Perpaduan berkenaan terus kekal mentadbir negeri ini, walaupun MCA dan MIC mengumumkan untuk tidak bertanding pada PRN nanti.
"Saya percaya keputusan yang dibuat oleh MCA dan MIC itu dilakukan selepas meneliti dan mengkaji keadaan politik terkini khususnya pencapaian mereka dalam pilihan raya sebelum ini.
''Kita memang memahami keadaan ini bukan dalam kalangan MCA atau MIC sahaja, UMNO sendiri pun ada kerusi untuk dipertandingkan tetapi keputusan untuk bekerjasama di bawah payung perpaduan ini perlu dihayati dan diterima oleh semua ahli dalam gabungan berkenaan.
"Adakah kita mahu gabungan perpaduan ini mencapai kemenangan atau tidak, kalau jawapannya adalah ya, maka apa-apa yang menjadi halangan perlu diketepikan demi memastikan kemenangan gabungan perpaduan dalam PRN nanti,'' katanya mengulas mengenai pengumuman kedua-dua parti komponen BN itu pada Rabu.
Chow berkata demikian kepada pemberita selepas hadir menyaksikan majlis penganugerahan sijil Malaysia Book of Records Galeri Haji Pulau Pinang di Lebuh Acheh di sini semalam, yang menerima pengiktirafan sebagai galeri haji pertama di Malaysia.
Pada Rabu, MCA dan MIC mengumumkan tidak akan bertanding pada PRN Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu yang ditetapkan pada 12 Ogos sebagai hari pengundian, bagi menumpukan kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Chow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata walaupun MCA dan MIC tidak bertanding dalam PRN nanti, pimpinan parti itu telah menyuarakan kesungguhan mereka untuk sama-sama membantu kempen PH-BN bagi memastikan kemenangan gabungan itu di enam negeri.
''Isu sama ada undi masing-masing boleh dipindah menjadi satu pertimbangan penting semua ahli parti (MCA dan MIC) bagi memastikan kemenangan calon PH-BN,'' katanya.
Dalam pada itu, Chow berkata manifesto PH-BN bagi Pulau Pinang untuk menghadapi PRN berkemungkinan diumumkan pada minggu terakhir sebelum hari penamaan calon 29 Julai ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2023
Chow berkata, manifesto PH-BN bagi Pulau Pinang untuk menghadapi PRN mungkin diumumkan pada minggu terakhir sebelum hari penamaan calon 29 Julai ini. - Gambar fail/BERNAMA
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Ahli dan penyokong MCA, MIC diharap beri sokongan kepada calon PH, BN
Katanya, sokongan MCA dan MIC penting bagi membolehkan gabungan PH-BN terus kekal mentadbir Pulau Pinang.