awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli farmasi komuniti kini dikategorikan penerima vaksin COVID-19 fasa pertama

Bernama
Bernama
12/03/2021
06:22 MYT
Ahli farmasi komuniti kini dikategorikan penerima vaksin COVID-19 fasa pertama
ADHAM: Keputusan ini bakal memberi manfaat kepada hampir 4,000 ahli farmasi komuniti di Malaysia untuk diberikan vaksin COVID-19 dalam fasa pertama. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Ahli farmasi komuniti kini dikategorikan dalam senarai petugas barisan hadapan yang akan menerima vaksin COVID-19 dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) semalam bersetuju memasukkan ahli farmasi komuniti dalam Kategori 2, Garis Panduan Penetapan Senarai Petugas Barisan Hadapan Bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Dalam kenyataan hari ini, Dr Adham menjelaskan ia susulan permohonan daripada Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) dan Malaysian Community Pharmacy Guild (MCPG).
"Keputusan ini bakal memberi manfaat kepada hampir 4,000 ahli farmasi komuniti di Malaysia untuk diberikan vaksin COVID-19 dalam fasa pertama," katanya.
Kategori 2 merujuk kepada anggota petugas barisan hadapan yang terlibat dalam sektor kesihatan, agensi pertahanan, anggota keselamatan dan perkhidmatan penting.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksin
#program imunisasi
#vaksinasi
#fasa pertama
#ahli farmasi
#petugas barisan hadapan
#pandemik
#COVID-19
#Adham Baba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan