Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengesahkan seorang daripada ahli suruhanjaya itu disahkan positif COVID-19.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Khamis, MyCC berkata pada masa ini individu berkenaan menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil
Bagaimanapun, MyCC berkata ia tidak dapat mengesahkan sama ada jangkitan berlaku seawal 29 Feb, dan individu yang dijangkiti jarang pergi ke pejabat MyCC sejak tarikh itu.
"MyCC sudah mengambil langkah sewajarnya untuk mengenal pasti individu-individu termasuk ahli yang lain, pekerja dan mereka yang merupakan kontak rapat kepada ahli yang dijangkiti dan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan dalam hal itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Suruhanjaya itu turut menasihatkan orang ramai yang pernah melawat dan berinteraksi dengan ahli suruhanjaya terbabit dari 29 Feb dan seterusnya supaya pergi ke klinik atau hospital sekiranya mereka mempunyai simptom penyakit itu.
"Nasihat ini juga ditujukan kepada peserta, penceramah, moderator dan sekretariat Bengkel Isu-isu Terkini Persaingan di Malaysia yang berlangsung di Hotel Corus pada 4 Mac," kata kenyataan itu.
Sementara itu, MyCC berkata semua aktiviti yang telah dirancang ditangguhkan sehingga diberitahu kelak, dan pejabatnya di Tingkat 15, Menara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ditutup mulai Khamis sehingga hari ini, dan semua pekerja akan bekerja dari rumah.
Menurut kenyataan itu lagi, pada masa yang sama MyCC sedang bekerjasama rapat dengan pengurusan bangunan untuk melakukan disinfeksi menyeluruh premis pejabat MyCC pada 15 Mac.
"Mana-mana pihak yang ingin menghubungi MyCC boleh menggunakan e-mel di alamat [email protected] dan aduan boleh dihantar secara dalam talian di www.mycc.gov.my/e-complaint," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 12 2020
MyCC berkata ia tidak dapat mengesahkan sama ada jangkitan berlaku seawal 29 Feb, dan individu yang dijangkiti jarang pergi ke pejabat MyCC sejak tarikh itu.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Ahli Majlis MYCC disahkan positif COVID-19
Pada masa ini individu berkenaan menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil