awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS‑SEZ: Malaysia-Singapura tingkat komitmen, tumpu pelaksanaan
Trump berharap sangat Amerika tidak lancar tindakan ketenteraan terhadap Iran
UTeM, universiti Slovakia bangun makmal AI dan sibernetik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen Bakri diberi amaran

Astro Awani
Astro Awani
12/06/2013
10:30 MYT
Ahli Parlimen Bakri diberi amaran
Tindakan Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa tidak mematuhi arahan parti dengan menghadirkan diri di taklimat Parlimen semalam adalah satu tindakan yang telah melanggari disiplin parti.
"Pihak kepimpinan parti memandang serius terhadap perkara tersebut dan telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada beliau semalam untuk memberikan penjelasan kepada parti," jelas Whip DAP Lok Siew Fook melalui kenyataan medianya hari ini.
"Setelah berbincang dengan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, saya selaku Whip DAP akan memberikan satu surat amaran keras kepada Er Teck Hwa supaya tidak mengulangi kesilapan tersebut.
"Namun, memandangkan beliau telah mengakui kesilapannya dan memohon maaf secara terbuka, saya mengambil keputusan untuk tidak merujuk beliau ke Jawatankuasa Disiplin DAP," jelas Lok.
Lok memberitahu perkara ini perlu dijadikan sebagai satu pengajaran kepada Er dan semua Ahli Parlimen DAP supaya sentiasa bertindak secara kolektif dan mematuhi keputusan pucuk pimpinan parti dalam menjalankan tugas mereka sebagai Ahli Parlimen DAP.
Er telah memberikan penjelasan secara bertulis dan memohon maaf di atas tindakan beliau.
Sesi taklimat pertama ahli-ahli Parlimen semalam menyaksikan kehadiran 111 anggota Parlimen yang dipilih pada Pilihan Raya 2013, dengan hanya seorang wakil pembangkang, ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa yang hadir, daripada 89 keseluruhan ahli Parlimen PR.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Bakri
#Er Teck Hwa
#Lok Siew Fook
#Whip DAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan