awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir di Pahang pulih sepenuhnya
Lisa BLACKPINK jadi wajah kempen pelancongan Thailand bermula Januari 2026
Impian jadi penyampai radio? SINAR FM cari ‘Penyampai Emas’ baharu!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen diminta bangkitkan isu kesihatan mental

Bernama
Bernama
20/10/2019
20:47 MYT
Ahli Parlimen diminta bangkitkan isu kesihatan mental
Kebiasaan berlaku kemurungan adalah 18.3 peratus apabila seorang daripada lima remaja mengalami kemurungan dan dua daripada lima remaja mengalami kegelisahan. - Gambar hiasan
Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental, Tan Sri Lee Lam Thye meminta ahli Parlimen untuk memberi perhatian serius terhadap isu-isu kesihatan mental di negara ini dan menggesa kerajaan memansuhkan undang-undang yang menganggap perbuatan cuba membunuh diri sebagai kesalahan jenayah.
Lee berkata laporan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai Pencegahan Bunuh Diri pada 2014, menyatakan bahawa di negara-negara yang cubaan membunuh diri dianggap sebagai kesalahan jenayah, percubaan bunuh diri sering disembunyikan dan kematian disebabkan bunuh diri tidak dilaporkan, sehingga memberi gambaran palsu bahawa percubaan membunuh diri kurang tersebar.
Beliau berkata Peguam Negara juga perlu mengkaji semula peruntukan undang-undang berhubung percubaan membunuh diri untuk memastikan ia tidak menghalang orang ramai daripada memohon bantuan dan tidak menganggap percubaan membunuh diri sebagai kesalahan jenayah.
"Saya menyeru supaya seksyen 309 Kanun Keseksaan dimansuhkah kerana menganggap percubaan bunuh diri atau individu yang mempunyai niat untuk membunuh diri sebagai kesalahan jenayah akan menyebabkan ketidakadilan kepada mereka yang mengalami kemurungan, kegelisahan, dan masalah mental yang lain," katanya kata ketika dihubungi Bernama pada Ahad.
"Saya bimbang jika undang-undang ini tidak dimansuhkan, maka mereka yang mempunyai niat untuk bunuh diri akan bersembunyi, kerana mereka mungkin berfikir bahawa mereka akan ditangkap oleh polis dan didakwa sebagai penjenayah jika mencetuskan cadangan untuk bunuh diri," katanya.
Lee berkata tidak ada bukti mencadangkan bahawa jika undang-undang ini dimansuhkan, jumlah kes bunuh diri akan lebih tinggi, kerana mereka ini adalah individu yang memerlukan rawatan dan pemulihan, tidak dianggap sebagai penjenayah.
"Saya harap Ahli Parlimen dari kedua-dua pihak akan membangkitkan isu ini di Parlimen dan meminta kementerian-kementerian berkaitan untuk memperjuangkan isu ini untuk membantu mereka yang mengalami penyakit mental," katanya.
Lee yang juga penaung Befrienders Kuala Lumpur, sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri, melalui bantuan 24 jam (03-79568145), e-mel ([email protected]) dan sesi bersemuka.
Sementara itu, WHO baru-baru ini melaporkan bahawa kematian bunuh diri adalah antara 10 punca utama kematian di dunia hari ini, dan punca kematian kedua tertinggi bagi mereka yang berusia 15 hingga 29 tahun.
Hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) mendapati bahawa kadar bunuh diri di kalangan remaja di Malaysia berusia 13 hingga 17 menunjukkan trend peningkatan berhubung niat untuk membunuh diri, daripada 7.9 hingga 10 peratus dari 2012 hingga 2017.
Kajian terkini oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa kebiasaan berlaku kemurungan adalah 18.3 peratus apabila seorang daripada lima remaja mengalami kemurungan dan dua daripada lima remaja mengalami kegelisahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahli Parlimen
#kerajaan
#kesalahan jenayah
#kesihatan mental
#Lee Lam Thye
#membunuh diri
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan