awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Samseng Jalanan, 157 penunggang motosikal ditahan di Dungun
Maritim Malaysia pintas bot 'pom-pom', tahan 80 PATI
GPS fokus bantu rakyat, tarikh PRN Sarawak bukan keutamaan - Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen ditahan SPRM berhubung projek fidlot Kerajaan Kedah

Sinar Harian
Sinar Harian
05/12/2025
04:15 MYT
Ahli Parlimen ditahan SPRM berhubung projek fidlot Kerajaan Kedah
SPRM menahan seorang Ahli Parlimen pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik Kerajaan Kedah. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri.

Ringkasan AI
  • Ahli Parlimen ditahan oleh SPRM Kedah berhubung usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri.
  • Penahanan susulan siasatan sejak Februari dengan dakwaan menerima RM400,000 bagi bantuan mendapatkan hak penggunaan tanah.
  • Kes melibatkan 15 saksi dan Ahli Parlimen tersebut dirakam percakapan sebelum dibebaskan dengan jaminan.

Menurut sumber, penahanan itu susulan siasatan yang dijalankan sejak Februari lalu, melibatkan dakwaan penerimaan kira-kira RM400,000 sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah bagi projek fidlot tersebut.
"Kertas siasatan telah dibuka susulan aduan yang diterima pada 10 Februari 2025.
"Siasatan berkaitan kes ini telah dijalankan dan melibatkan seramai 15 orang saksi yang telah dirakam percakapan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi turut mengesahkan tangkapan berkenaan.
Beliau berkata, Ahli Parlimen terbabit telah dirakam percakapan di bawah Seksyen 53(3) Akta SPRM 2009 sebelum dibebaskan dengan jaminan. -- Sinar Harian


Topic Berkaitan
#SPRM Kedah
#Ahli Parlimen Kedah di tahan
#SPRM
#Azam Baki
#Rasuah
#fidlot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan