awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen diwajibkan jalani pemeriksaan kesihatan - Speaker

Bernama
Bernama
13/09/2023
06:21 MYT
Ahli Parlimen diwajibkan jalani pemeriksaan kesihatan - Speaker
Johari berkata beliau telah menyaksikan kira-kira 11 Ahli Parlimen 'tumbang' sepanjang tempoh 15 tahun, justeru, beliau meminta wakil rakyat supaya mengambil serius isu kesihatan mereka. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Semua Ahli Parlimen diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
Beliau berkata ia susulan saranan yang dibuat kepada Kementerian Kesihatan (KKM) supaya pemeriksaan kesihatan secara tetap perlu dibuat terhadap semua Ahli Parlimen demi memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan baik.
"Saya amat prihatin dan mengambil berat terhadap tahap kesihatan melibatkan Ahli Yang Berhormat di dalam dan di luar Dewan Rakyat malahan terdapat kes yang menyebabkan kematian.
"... sehubungan itu, surat pelaksanaan pemeriksaan kesihatan kepada Ahli Yang Berhormat telah diedarkan kepada semua Ahli Yang Berhormat semalam, 12 Sept 2023," katanya dalam pemakluman semasa sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) di sini hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan kesihatan ini boleh dilaksanakan di Klinik Kesihatan Parlimen Malaysia atau di klinik kesihatan atau fasiliti swasta seperti yang diperincikan dalam surat itu dan tarikh akhir bagi menjalani pemeriksaan kesihatan ialah pada 31 Okt ini.
Johari berkata beliau telah menyaksikan kira-kira 11 Ahli Parlimen 'tumbang' sepanjang tempoh 15 tahun, justeru, beliau meminta wakil rakyat supaya mengambil serius isu kesihatan mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#pemeriksaan kesihatan
#Johari Abdul
#ahli Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan