awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemelut Pas-Bersatu dan pengunduran Muhyiddin, ke mana hala tuju PN?
Jumlah mangsa banjir di Johor, Pahang berkurang petang ini, Melaka kekal
Penggunaan BNPL berpotensi jejas skor kredit, kelayakan pinjaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Ahli Parlimen KL bila-bila masa boleh jumpa saya" - Annuar Musa

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
14/11/2020
06:18 MYT
"Ahli Parlimen KL bila-bila masa boleh jumpa saya" - Annuar Musa
Annuar Musa berkata, beliau bersedia bertemu dengan Ahli Parlimen dari DAP dan PKR pada bila-bila masa sahaja. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR:Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menasihatkan Ahli-ahli Parlimen Kuala Lumpur supaya tidak membuang masa dengan menggesa beliau mengadakan mesyuarat bersama Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH).
Sebaliknya, tegas Annuar, beliau sentiasa mengamalkan konsep terbuka untuk berjumpa dengan mana-mana pihak secara tidak formal bagi membincangkan mengenai isu berkaitan kesejahteraan rakyat.
Menurut Ahli Parlimen Ketereh itu lagi, beliau bersedia bertemu dengan Ahli Parlimen dari DAP dan PKR pada bila-bila masa sahaja.
“Saya fikir sekarang kita (sedang dalam pelaksanaan) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dan kita tidak banyak (mengadakan) mesyuarat.
“Jadi, saya menyambut baik hasrat (Ahli Parlimen DAP dan PKR) untuk berjumpa dengan saya. Cuma satu perkara, saya kalau buat apa-apa tidak ikut peraturan. Peraturan tidak ada secara khusus (menyatakan) saya mesti berjumpa secara berkumpulan dan sebagainya.
“Sekarang ini saya menguruskan Wilayah Persekutuan bukan dengan mesyuarat, sebahagiannya adalah melalui persidangan video sahaja. Jadi, nasihat saya kepada wakil-wakil rakyat DAP dan PKR, jangan buang masa. Datang seorang-seorang pun tak apa,” katanya kepada pemberita di sini, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Annuar berkata, Ahli Parlimen berkenaan seharusnya mengurangkan ‘politiking’ dan tidak cuba meraih publisiti ketika Sidang Dewan Rakyat sedang berlangsung.
“Nak jumpa saya (kena keluar) melalui kenyataan media, itu kurang cantik lah. Kalau nak jumpa terus berhubung dan tidak perlu berkumpulan atau tak payah ‘tembak’ (serang) dalam media (sosial).
“Tetapi, apa-apa pun saya sambut baik, tiada masalah. Pada masa yang sama, saya harap Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan terutamanya di Kuala Lumpur menggunakan waktu perbahasan dengan sebaik mungkin.
“Sebab waktu perbahasan di Parlimen dicatat dan apa-apa yang dibangkitkan saya akan jawab pada waktu penggulungan dan Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan. Kalau tak sempat jawab, saya akan jawab secara bertulis,” ujar beliau lagi.
Topic Berkaitan
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#Dewan Rakyat
#Teresa Kok
#Annuar Musa
#DAP
#PKR
#Tan Sri Annuar Musa
#Kuala Lumpur
#Pakatan Harapan
#PKPB
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan