awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua ADUN Bersatu akan dilantik sebagai Exco - MB Perlis
Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar
China lanjutkan pengurangan yuran visa untuk rakyat Malaysia hingga 31 Dis 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah mangsa banjir di Johor, Pahang berkurang petang ini, Melaka kekal

Bernama
Bernama
30/12/2025
10:30 MYT
Jumlah mangsa banjir di Johor, Pahang berkurang petang ini, Melaka kekal
Keadaan rumah yang dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan pada Jumaat dan Sabtu lalu, ketika tinjauan di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Mangsa banjir di Johor dan Pahang semakin berkurangan sementara di Melaka kekal setakat 4 petang tadi.
Di JOHOR, mangsa banjir di daerah Segamat menurun kepada 82 orang daripada 26 keluarga berbanding 172 mangsa daripada 58 keluarga pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata lima pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup bermula 2 petang tadi, dengan dua PPS masih beroperasi di daerah itu iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak dan Dewan Serbaguna Kampung Tasek.
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir di Rompin berkurang sedikit kepada 81 mangsa daripada 21 keluarga, berbanding 84 mangsa daripada 23 keluarga pada pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Rompin memaklumkan kesemua penduduk berkenaan ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Setajam.
Dalam pada itu, Sekretariat JPBN Melaka memaklumkan jumlah mangsa banjir di Jasin, MELAKA kekal 36 orang daripada lapan keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu, petang ini.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#pusat pemindahan
#PPS
#Pahang
#Melaka
#Johor
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan