awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen, masyarakat sivil beri input pindaan Akta MKN - Anwar

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
09/07/2019
08:10 MYT
Ahli Parlimen, masyarakat sivil beri input pindaan Akta MKN - Anwar
ANWAR: Ia jelas bahawa kuasa isytihar darurat harus kembali kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak kepada Perdana Menteri sepertimana yang dilakukan sebelum ini.
Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus akan membentangkan cadangan pindaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) kepada Kabinet, sebelum sesi sidang Dewan Rakyat akan datang.
Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata selain pandangan Ahli-Ahli Parlimen, cadangan kepada pindaan Akta MKN itu akan turut merangkumi pandangan daripada masyarakat sivil.
“Saya sendiri lebih dua tahun lalu telah mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk memperbetulkan apa yang kami anggap kesilapan dari segi imbangan kuasa.
“Ia jelas bahawa kuasa isytihar darurat harus kembali kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak kepada Perdana Menteri sepertimana yang dilakukan sebelum ini.
“(Perkara) ini telah dipersetujui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kabinet,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus di Parlimen hari ini.
Pindaan Akta MKN yang dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada April tahun lalu menyaksikan Yang di-Pertuan Agong bakal mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan di Malaysia sebagai ‘kawasan keselamatan’.
Kuasa itu mengikut Akta MKN sebelum ini diperuntukkan kepada Perdana Menteri yang terkandung dalam Fasal 3 bertujuan meminda Seksyen 18 Akta MKN (Akta 776) itu.
Seksyen 18 (1) dipinda bagi menggantikan perkataan ‘Perdana Menteri’ di mana-mana jua terdapat dengan perkataan ‘Yang di-Pertuan Agong’.
Pada 1 Julai tahun lalu, Dr Mahathir dilapor berkata Akta MKN 2016 adalah antara undang-undang yang dikaji oleh kerajaan untuk dipinda atau dimansuhkan memandangkan ada antaranya yang digunakan kerajaan terdahulu untuk menyekat kebebasan rakyat.
Topic Berkaitan
#ahli Parlimen
#akta mkn
#Anwar Ibrahim
#Dewan Rakyat
#Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus
#Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan