awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen Padang Serai mohon maaf tersalah sebut nama Agong

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
29/02/2024
10:02 MYT
Ahli Parlimen Padang Serai mohon maaf tersalah sebut nama Agong
Azman membuat permohonan maaf dan berikrar kekhilafan seperti itu tidak akan berulang lagi pada masa depan - Foto/Tangkap layar YouTube Parlimen
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka di Dewan Rakyat kerana salah menyebut nama Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Ia selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengarahkan Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) itu berbuat demikian, dengan menyifatkan kesalahan berkenaan sebagai amat serius.
"Pada semalam 28 Februari 2024 semasa berucap, Yang Berhormat (YB) Padang Serai telah salah menyebut nama Tuanku Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
"Kesalahan ini amat serius kerana ia diucapkan dalam dewan. Saya sebagai Speaker yang bertanggungjawab, tidak kira sebelah kiri atau sebelah kanan mesti bertanggungjawab atas kesalahan-kesalahan yang telah YB sebut.
"Untuk itu, saya dengan ini memerintahkan YB bangun, dan memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Susulan arahan tersebut, Azman kemudian bangun dan membuat permohonan maaf serta berikrar kekhilafan seperti itu tidak akan berulang lagi pada masa depan.
"Terlebih dahulu, saya saya ingin memohon keampunan dan kemaafan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas kekhilafan dan kesilapan saya semasa menyampaikan ucapan saya petang semalam.
"...kerana telah menyebut Ke bawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Iskandar Ibni Sultan Ibrahim.
"Sepatutnya Ke Bawah Duli Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Saya berikrar, kekhilafan seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa depan," ujar beliau.
Dalam masa sama, Johari turut mengingatkan kepada semua Ahli Parlimen agar berhati-hati menuturkan kata-kata terutama membabitkan nama Yang di-Pertuan Agong.
Topic Berkaitan
#MP Padang Serai mohon maaf
#Ahli Parlimen Padang Serai tersalah sebut nama Agong
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan