Ahli Parlimen Papar, Ahmad Hassan menafikan dakwaan meninggalkan Parti Warisan Sabah (Warisan), namun terbuka untuk bekerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Ahmad menegaskan, kerjasama itu bukan untuk menyertai PN sebaliknya hubungan baik antara kerajaan dengan kerajaan.
Katanya, beliau teguh dengan pendirian bersama-sama Warisan dan di belakang pentadbiran presiden parti yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
"Saya secara peribadi tidak akan meninggalkan Warisan. Dihubungi (pihak tertentu) itu memang ada tetapi kita perlu ada pendirian kita termasuk teguh dengan perjuangan kita.
"Malah dalam sesuatu keputusan itu, saya perlu bersama-sama atau selari dengan presiden parti... jangan kita membelakangkan parti," katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.
Tambah Ahmad lagi, keputusan teguh itu dibuat dengan ambil prinsip perjuangan selain tidak mahu mengkhianati mandat diberikan rakyat Papar kepadanya.
Ini kerana, katanya, selaku wakil rakyat, dia dipilih mewakili suara rakyat dengan sebagai parti Warisan.
Assim Hassan
Mon Jun 22 2020
Ahli Parlimen Papar, Ahmad Hassan menafikan dakwaan meninggalkan Parti Warisan Sabah (Warisan). - Gambar Astro AWANI
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh
Takiyuddin ketika berbahas menyifatkan laporan RCI tersebut sebagai cacat kerana sebanyak 47 daripada 217 muka surat telah dipadam.
''Mengapa mereka tak bangkang atau beri pendapat?'' - Tun M
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama perlu beliau beritahu meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Dialog Tiga Penjuru: Assad Tumbang, Kemudian...?
Apa makna disebalik tumbangnya Bashar Al-Assad ketika Israel mula merampas Bukit Golan dan mengebom depot senjata di selatan Syria dan Damsyik untuk menghalang kumpulan pembangkang daripada merampasnya?
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
[INFOGRAFIK] Pulau Batu Puteh
Berikut adalah info berkenaan dengan Pulau Batu Puteh.
[TERKINI] Titah Adendum: PM anggap pihak kecam sebagai dangkal ilmu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pihak yang mengecam beliau berhubung isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebagai dangkal ilmu.
Tinjauan udara di Terengganu
Tinjauan banjir dari udara bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sekitar Kuala Terengganu mendapati keadaan semakin baik.
Khairul Aming sah kena E-Coli
Pempengaruh terkenal, Khairul Aming mengesahkan terkena jangkitan bakteria E-Coli sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
KPM digesa atasi segera masalah infrastruktur usang sekolah menengah di Papar
Kementerian Pendidikan digesa meninjau keadaan beberapa sekolah di daerah Papar yang dilihat daif dan memerlukan bantuan infrastruktur segera.
Ahmad Hassan tidak 'pilih bulu' salurkan bantuan kepada rakyat Papar
Ahli Parlimen Papar, Ahmad Hassan menjelaskan tidak mengambil sikap 'memilih bulu' dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat di kawasan itu.
Ahli Parlimen Papar tidak tinggalkan Warisan, teguh di belakang Shafie Apdal
Ahli Parlimen Papar, Ahmad Hassan menafikan dakwaan meninggalkan Parti Warisan Sabah (Warisan), namun terbuka untuk bekerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN).