awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Hassan tidak 'pilih bulu' salurkan bantuan kepada rakyat Papar

Assim Hassan
Assim Hassan
22/06/2020
07:50 MYT
Ahmad Hassan tidak 'pilih bulu' salurkan bantuan kepada rakyat Papar
AHMAD berkata, apa sahaja permasalahan yang diaju tanpa mengira kaum akan cuba diselesaikan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Papar. - Foto Bernama
Ahli Parlimen Papar, Ahmad Hassan menjelaskan tidak mengambil sikap 'memilih bulu' dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat di kawasan itu.
Katanya, apa sahaja permasalahan yang diaju tanpa mengira kaum akan cuba diselesaikan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Papar.
Tegas Ahmad, sejak menjadi wakil rakyat, dia akan memastikan semua penduduk daripada 143 kampung di kawasan Papar tidak terpinggir.
"Saya tidak pernah mengabaikan kampung-kampung lain atau bersikap pilih kasih. Biarlah kita merasa pembangunan ini sama rata.
"Peruntukan yang datang perlu saya agihkan secara sama rata. Malah pejabat Parlimen Papar sentiasa terbuka," katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.
Beliau mengulas beberapa kenyataan yang mendakwa dia tidak berlaku adil dan hanya memberi fokus kepada sesetengah kaum sahaja.
Di Papar sahaja, terdapat beberapa suku kaum antaranya Melayu-Brunei, Bajau, Kadayan, Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Papar
#Ahmad Hassan
#bantu rakyat
#berlaku adil
#Papar
#Sabah
#sikap pilih bulu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan