awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis bongkar makmal proses syabu dalam kebun durian, 1.2 tan dadah dirampas
Proses daftar masuk, kenaikan penumpang kembali normal - MAHB
Firefox bakal hadir dengan ciri mematikan fungsi AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen pembangkang cadang kerajaan laksana semula enam bulan moratorium

Bernama
Bernama
23/01/2021
05:01 MYT
Ahli Parlimen pembangkang cadang kerajaan laksana semula enam bulan moratorium
Menurut kenyataan bersama yang ditandatangani 25 Ahli Parlimen itu, inisiatif enam bulan moratorium pinjaman secara automatik akan meningkatkan aliran tunai kepada sektor ekonomi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Sekumpulan 25 Ahli Parlimen pembangkang hari ini meminta kerajaan melaksanakan semula moratorium pinjaman secara automatik bagi tempoh enam bulan seperti yang dilakukan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac tahun lepas.
Menurut kenyataan bersama yang ditandatangani 25 Ahli Parlimen itu, inisiatif enam bulan moratorium pinjaman secara automatik akan meningkatkan aliran tunai kepada sektor ekonomi.
"Dengan cara itu individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan mempunyai lebihan tunai yang dapat membantu meningkatkan pendapatan semua jenis perniagaan serta menggalakkan mereka mengekalkan (pekerja) sepanjang menghadapi pandemik ini," menurut kenyataan itu.
Menurut mereka industri PKS atau mereka yang tidak terkesan boleh meneruskan pembayaran pinjaman seperti biasa.
Mereka turut mencadangkan kadar subsidi upah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) RM600 setiap pekerja dinaikkan dan diberi kepada individu yang mempunyai pendapatan di bawah RM4,000 serta melanjutkannya bagi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan.
"Subsidi upah bagi enam bulan menggalakkan majikan tidak membuang pekerja dan membantu mereka bertahan sehingga pertengahan tahun akibat penyusutan jualan dan aliran tunai," menurut kenyataan itu.
Antara Ahli Parlimen pembangkang yang mengeluarkan kenyataan bersama itu adalah Darell Leiking (Penampang); Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar); Datuk Mohd Azis Jamman (Sepanggar); Hannah Yeoh (Segambut); Yeo Bee Yin (Bakri); Baru Bian (Selangau); Datuk Rozman Isli (Labuan); dan Datuk Seri Salahuddin Ayub (Pulai).
[SIDANG MEDIA] Pengumuman Pakej Bantuan Khas oleh Perdana Menteri | 18 Januari 2021
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Salahuddin Ayub
#PKP
#Ahli Parlimen Pembangkang
#perintah kawalan pergerakan
#pembangkang
#PKS
#perkeso
#ekonomi
#Parlimen
#PERMAI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan